Bab 8

Romance Completed 6311

" Dahla aku yang drive kau sedap membuta. Ni dah sampai lagi kau pulas " bisik Ryan sendiri.

Ryan menampar - nampar halus pipi isterinya. Isteri ? grr gerun.

Melihat Alysha yang sudah menggeliat , Ryan segera mengambil luggage di bonet belakang." Hello miss , saya nak naik tingkat 18 , nombor 69. Tolong ikut kalau taknak sesat , sila ikut."

' Eleh tadi ber'aku kau , sekarang saya awak pulak. Ingat aku cair la tu , poyo je.' Alysha mengutuk sendiri.

Punat lif ditekan '18' , tinggi jugak. Susah aku nak lari kalau macamni desis Alysha.

" Ni rumah saya , tolong jangan buat macam rumah sendiri. Sila masuk kalau taknak dicampak masuk." kata Ryan sambil membuat gaya seperti penyambut tetamu.

Bukannya dia tidak perasankan wajah muram isterinya. Tapi bukan dia kesah pun.

" Mana bilik aku ? " Alysha
sebaik saja melangkah ke dalam penthouse yang sememangnya mewah itu.

" Tingkat atas sana ada tiga bilik. Pilih la mana satu awak suka." mendatar saja nadanya.

Terus langkah dibuka menuju ke tingkat atas. Penthouse ni mewah betul ya , kaya dia ni. Kaya- raya tapi merompak rumah aku tak guna jugak. Ergh.

"Woahhhh" terlopong mulut Alysha tika membuka salah satu bilik yang berada di hujung sekali. Bukan dia tidak pernah lihat bilik secantik dan mewah begini , cuma terkejut memikirkan bilik ini akan jadi miliknya. Eh milik ? Menumpang je pun.

" Ehem." Ryan berdehem mengejutkan Alysha dari lamunannya.

" Ni bilik saya , kalau berminat nak tidur sekatil masuklah. Tonight is our first night." usik Ryan walaupun dia tahu gadis itu takkan sudi berkongsi bilik dengannya.

" Eh aku bukan tahu pun ni bilik kau , lambatttt lagi aku nak berfirst night. Jijik !" sungguhpun dia sedar dia bersikap biadap akan suaminya namun dia masih tidak dapat menerima kenyataan keadaannya sekarang.

Terputus hubungan dengan kawan - kawan yang lain , cita - citanya untuk menjadi seorang pramugari hancur tanpa usaha. Haqiem ? Tidak dikhabarkan apa berita. Yang dia ada kini keluarganya. Ryan tidak termasuk. Tidak sesekali.

.

.

Alysha terfikir. Jika dia tidak dapat mencapai cita - citanya sebagai seorang pramugari , mungkin dia boleh menyambung pelajaran ? Jauh ayam bakar dari dipanggang lah dia nak duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa. Hmm mungkin aku boleh tanya pada Ryan.

"Ryan." panggil Alysha sambil mengetuk pintu bilik.

Klak ! Terjengul muka serabai Ryan. Baru lepas bangun tidur kot.

" Aku ada benda nak cakap , aku tunggu kau di ruang tamu." pinta Alysha.

Sebaik saja kaki Ryan melangkah terus saja dia melihat wajah gadis yang kini sah menjadi isterinya. Wajahnya tampak cemas kenapa ya desis Ryan.

" Apa dia yang awak nak cakap ?" Ryan memulakan perbualan.

" A.. aku sebenarnya nak bekerja boleh tak ? Sekurang - kurangnya aku tak dirumah ni 24 jam. Aku taknak jadi suri rumah. Tolonglah faham." terang Alysha gus mencemaskan Ryan.

Mana mungkin Alysha boleh bebas berkeliaran , dia juga sudah diberitahu tentang perangai liar Alysha. Kalau bagi kerja , menggatal kat tempat kerja pula. Duduk rumah jelah kau Alysha.

" Tak , tak boleh. "

" Apa masalahnya kalau aku pergi kerja ?" soal Alysha.

" Jangan persoalkan keputusan saya , turutkan atau menyesal." ancam Ryan. Biasa saja tapi sudah cukup untuk mengerunkan Alysha.

" Habis kau nak aku duduk sini cuci dapur kemas rumah masak apa semua macam isteri mithali tu ? Jangan mimpilah." Alysha cuba untuk melawan.

" Ada ke saya suruh buat kerja rumah segala bagai ni ? Kalau nak sangat bekerja , kerja dengan saya. Jadi bibik , gaji rm 200 sehari. "

" Mati hidup balik pun aku takkan terima tawaran kau , bibik konon. Tengok sikit dengan siapa kau cakap." Alysha bergegas ke biliknya.

Eh perempuan ni , kau tu cakap dengan suami tak beradap langsung. Patutlah mak bapak pening kepala , kalau dah perangai mengalahkan apa. Kutuk Ryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience