Bab 7

Romance Completed 6311

ALYSHA menggengam slip keputusan peperiksaanya. Dia memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dan digalakkan untuk melanjutkan pelajaran. Namun , perasaannya kosong. Alysha yang bercita - cita tinggi kini tiada , Alysha yang keras kepala kini tiada , Alysha yang betah melawan kini hanya menurut. Jiwanya kosong , bakal dikahwinkan secara kecil - kecilan dikampung dan pasangannya ? Lelaki yang tidak pernah dikenali seumur hidupnya. Alysha kesal akan perbuatannya selama ini. Demi mama , papa dendam ini akan terbalas , Izz Ryan Ammer...

Dia juga langsung tidak peduli tentang majlis yang akan berlangsung lusa. Segalanya telah diatur oleh mama dan papa. Jiwanya kosong , dia juga sudah hilang erti nikmat tidur yang lena. Perasaan kasihan juga tertumpah pada papa nya yang sedikit demi sedikit berubah dingin padanya. Dia serik , kesal , dan takut andai papa meninggalkan nya. Mama ada memberitahu tentang ayah yang sering kali hampir jatuh sakit. Semua ini kerana aku , perbuatan aku.

Tapi aku tak salah ! Jantan celaka tu yang bawa bala ! Argh ! emosinya bertukar tukar , fikirannya bercelaru. Akhirnya Alysha memejam matanya , cuba untuk lena. Lupakan segala masalah dunia...

.

.

Hari yang paling tidak dimahukan telah tiba , hari pernikahannya. Alysha hanya menurut saja segala suruhan mama nya. Kini , dia akur. Apa yang pasti selepas ini dia bukan lagi tanggungjawab papa dan mamanya. Papa juga akan melepaskan tanggungjawabnya pada lelaki yang dia sendiri tidak rela. Namun apakan daya hari nya sudah tiba. Aku akan menjadi seorang isteri kepada setan...

Nafas dihela perlahan saat melihat tangan Ryan digenggam oleh papa nya. Sepanjang persiapan pernikahan , Ryan hanya menurutkan saja. Keluarganya juga hanya menghantar ayahnya sebagai wakil. Yang lainnya tidak mahu campur tangan.

" Aku nikahkan engkau , Izz Ryan Ammer Bin Dato ' Adnan dengan anak ku Alysha Qaisara Binti Dato Hisyam dengan mas kawin rm 100 tunai."

Dengan sekali lafaz , dia sudah sah menjadi isteri kepala Izz Ryan Ammer. Alysha menyeka air matanya , air mata ini bukan tanda gembira jauh sekali bahagia malah air mata kecewa , kesal , sedih , marah.

Ryan menghela nafas , lega kerana sudah bertanggungjawab terhadap gadis ini. Tapi bukan salah diri nya. Ryan juga telah menghubungi rakan - rakannya yang terlibat , namun mereka semua seolah olah menjauhi Ryan. Atau mungkin perempuan ni perangkap aku ? Takkan, dia kaya , cantik , semua ada kenapa aku pulak nak diperangkapnya. Bermacam - macam soalan berlegar di fikiran Ryan tika ini.

Ryan kerling wajah gadis yang kini sah menjadi isterinya. Cantik , untung juga aku dikahwinkan dengan dia. Ryan berceloteh sendiri.

.

.
"Alhamdulillah , majlis berjalan lancar. " ujar Dato'Adnan pada Dato Hisyam. " Saya balik dulu lah ya" katanya sambil menuju ke arah kereta BMW miliknya.

" Azizah , lama betul awak bersiap. Jom." mereka akan meninggalkan kampung. Begitu juga dengan Alysha. Katanya dia akan tinggal di sebuah penthouse milik Ryan. Huh

" Dah siap bang."

" Alysha Qaisara ." suara garau menegurnya dari belakang. Sekilas Alysha memandangnya lalu menjeling sehabis boleh dipusing matanya.

" Kau nak apa masuk bilik aku ? Ingat , aku akan pastikan perkahwinan ini takkan kekal lama. Kau juga akan menerima penyesalan . Aku akan past-" Pap ! belum sempat Alysha menghabiskan kata - katanya. Ryan terlebih dahulu menampar halus bibirnya. Panas menggelegak Alysha dengan tindakan Ryan.

" You... Son of bitch ! " hambur Alysha lalu bergegas keluar dari bilik dan menggeret luggage menuju ke kereta.

"Mama , Alysha nak naik satu kereta dengan mama." pinta Alysha berharap mama nya faham.

" Suami Alysha macam mana ? Mama dan papa terus balik ke banglo kita , Alysha pulak kena ikut Ryan tinggal di penthouse dia."

" Kalau taknak bagi ikut cakap jelah !" bentak Alysha terus menuju ke kereta milik Ryan.

Bamm !

" Eh tutup pintu elok sikit tak boleh ke ? Pikir ni kereta bapak kau ? " siapa je tak panas , dahla masuk kereta tak bagi signal hempas pulak pintu macam kena sampuk je.

" Lantak aku la bapak aku ke bapak kau ke sama je" selamba Alysha menjawab seraya meletakkan kaki di atas dashboard. Misinya hanya satu , menyakiti hati Izz Ryan Ammer hingga dia diceraikan.

" Turunkan kaki."

Masih tiada respon

" Turunkan kaki sekarang atau aku campak kau keluar !" jerkah Ryan.

Perlahan - lahan kaki diturunkan. 'Cis, berlagak.'

Kereta bergerak meninggalkan kawasan kampung , Alysha pun apalagi buat tahi mata la dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience