Bab 6

Romance Completed 6311

Terjingkit - jingkit kaki Alysha melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah nya dijaga sehabis mungkin supaya tidak mengejutkan penghuni rumah yang enak dibuai mimpi. Anak tangga dilangkah satu persatu. Sebelum ke bilik baik aku cek dulu Nekmah dan Kakyam dah tidur ke ni bisik hati kecilnya.

Srett ! Pintu bilik dibuka sedikit. Aik mana Nekmah , bilik itu kelihatan gelap dan tidak berpenghuni. Pintu bilik dikuakan lebih luas untuk memastikan Nekmah betul - betul tiada.

' Ish orang tua ni tidur dalam bilik Kakyam agaknya. Tak sedap hati betul lah rasa' sepantas itu juga Alysha menuju ke bilik Kakyam.

Srettt.. Gelap. Sunyi.

Pranggggg ! satu bunyi yang kuat terdengar dari tingkat bawah.

"Aaaaaa!!" Alysha menjerit ketakutan. "Aduhh siapa pula tu , aku kan dah kunci pintu tadi" bisiknya dengan perasaan takut menggunung.

Tiba - tiba dia terfikir , mungkinkah itu perompak ? perogol ? ahh pirahh. Kalau pembunuh? Ya Allah aku banyak dosa , janganla mati malam ni. Detik hatinya ketakutan.

Bam. .. kedengaran seperti orang melangkah anak tangga dengan kuat. Bam... Bam... Bamm!

Serentak itu Alysha berlari ke bilik lalu terus menguncinya.

Ok Lysha think , think. Okay call Ziera , mintak dia patah balik and everything gonna be alright. Rileks okay Lysha. Alysha cuba memujuk diri sendiri.

Tok ! tok ! tok ! pintu diketuk dari luar dengan kuat. Peluh sudah membasahi tubuh Alysha. Dengan perasaan cemas dia sudah tidak dapat berfikir bagaimana cara untuk menyelamatkan diri nya dalam situasi ini.

Bam !!! pintu bilik ditendang dari luar. Alysha kaku. Langkahnya bagai dikunci sebaik sahaja melihat empat orang lelaki bertopeng menyeramkan dan mengacu pisau ke arahnya.

Sedang dia terkejut , salah seorang lelaki menolaknya ke atas katil dan mengikat kaki tanganya. Allah , Allah , maafkan lysha paa.. maa.. bisik Alysha.

"Tolong saya merayu jangan apa - apakan saya. Ambil lah duit dalam beg tu , kat sana ada gelang dan rantai." rayu Alysha sambil memandang ke arah laci biliknya.

Dia tak peduli segala emas duit harta asalkan dia selamat. Matanya dipejam rapat apabila menyedari lelaki bertopeng itu bagaikan memandang dia bertelanjang.

Aduhhh !

Tubuh lelaki itu menghempapnya. "Arghhhh , lepass lepaslahh tolong lah lepaskan saya. Tolong la.." rayu Alysha yang lemas dihimpit. Dirasakan hayat nya bagaikan bila - bila masa saja akan terputus. Terlayar wajah papa dan mama nya. Pa , maa. Lysha mintak ampun..

Tiba - tiba... pandangan mata nya kabur. Pandangan satu menjadi dua , dua dan tiga , tiga dan pap.

Bising. Esakan halus dan jeritan bergema.

Alysha cuba membuka mata. Aku pengsan ke tadi ? Aku dah selamat ke ?

Perlahan - lahan Alysha cuba untuk bangun tetapi langkahnya terhenti. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan dirinya. Dia bingung , keliru.

Matanya terbuntang. Terketar - ketar tanganya.

"Alysha!!!" lantas dia menggeleng laju menafikan apa yang Nekmah lihat. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang terjadi kerana dirinya sudah separuh bogel di atas katil bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya !

"Ya Allah anak aku , anak kita bang apa dah jadi ni. Alysha , Alysha buat apa ni nak ? Sampai hati Alysha buat kami macamni." ucap Azizah dengan tangisan yang lebat.

"Astaghfirullahalazim ..." pantas Hisyam mengurut dada nya. Dia gagal , dia sudah benar - benar gagal mendidik anaknya...

" Tak , bukan papa , mama tak Alysha tak buat apa - apa. Alysha tak kenal lelaki ni ma tolong la percaya Lysha." rayu Alysha dikaki mama nya.

" Nek , nek pergi mana semalam ? Kakyam kemana semalam ? " soal Alysha dalam tangisan. Dia sedar , dalam situasi begini tiada siapa akan percaya padanya. Dia juga keliru dengan apa yang berlaku. Serasanya dia pasti dia dirompak. Tapi kenapa pulak dia berada di atas katil dengan keadaan begini ? Bersama lelaki yang tidak pernah dikenalinya ini ?.

" Kejutkan lelaki itu ." arah Hisyam dengan perasaan bercampur baur , marah , sedih , kecewa , sebak.

Alysha menampar - nampar pipi lelaki yang masih lena. "Bangun lah celaka" dengus Alysha lalu menampar pipi lelaki itu sekuat hati. Serentak itu tubuh lelaki itu bergerak . Terpisat - pisat matanya.

"Apani , apa ? Ada apa ?" soalnya selamba sambil masih memejam kan mata.

Panas hati Hisyam memandangnya. Tanpa menunggu sesaat jua , Hisyam berjalan pantas ke arah lelaki yang masih tidak diketahui namanya. Panggg ! penampar sepadu roket telah dilancarkan pada pipi lelaki itu.

" Bangun kau budak , kau bangun sekarang !!" tengking Hisyam memberi kejutan maksima pada lelaki itu.

" Sudah bang , sudah. Tak guna kita sepak teranjang budak ni. Alysha , pakai baju. Kita selesaikan hal ini secepat mungkin." ujar Azizah dalam sebak sambil menghulurkan pakaian ke arah Alysha.

.

.

"Saya nak mereka bernikah !" lantang suara Hisyam memenuhi segenap ruang tamu.

Alysha pasrah , tidak guna dia mencerita kan hal sebenar kalau seorang pun tidak akan mempercayai dia. Apalagi harus dibuat.

" Agrhhhhhhh" jerit lelaki yang selayaknya bagi Alysha dinamakan binatang celaka.

" Pakcik , saya Izz Ryan Ammer Dato 'Adnan. Tiada melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku , dan saya tidak akan bertanggung jawab." selamba dia berkata sambil mengangkat kedua tangan tanda muktamad.

" Oh anak orang kaya ? Kau bodoh pecah rumah orang , mencuri duit dan barang kemas tu dah kenapa ? " tengking Hisyam ke arah Ryan.

Benar , Ryan sedar dia tidak mempunyai apa - apa bukti untuk menerangkan perkara sebenar. Dia hanya ingat , dia bersama tiga orang rakanya bercadang untuk mencuri satu - satu nya superbike antik dirumah itu. Jadi kenapa tiba - tiba dia berada di atas katil dengan perempuan yang separuh bogel ? Cis , celaka. Terdetik di hatinya , mungkin rakan - rakanya sudah berniat untuk memerangkap dia dan perempuan yang dipanggil Lysha.

Alysha merenung tajam lelaki di hadapanya ini. Tinggi , tegap , kacak. Tapi semua nya jadi hodoh saat ini. Mata cantik Alysha sudah bengkak kemerahan akibat menangis. Rambut nya juga sudah serabai. Sedikit demi sedikit dendam disimpan untuk lelaki bernama Izz Ryan Ammer.

" Pernikahan di kampung , sebulan dari sekarang. Jelas ? Muktamad. Kau , jangan cuba lari kan diri dalam hal ini. Kau dah rosakkan anak aku , jangan sampai aku lapor pada pihak polis." ancam Hisyam hebat lalu meninggalkan mereka diruang tamu.

" Ma , Alysha masih suci ma. Tolong la percaya. " rayu Alysha.. buat kali terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience