Bab 3

Romance Completed 6311

"LYSHA turun makan sayang , mama dengan papa
nak gerak ke Johor Bharu dah ni. Nak ambik Kakyam dan Nekmah " panggil Azizah sambil mengetuk pintu bilik anak gadis itu.

Klak ! Pintu dibuka. Puan Azizah menjenguk , "Ya Allah Lysha kenapa macamni bersepahnya tisu sana sini cadar tercabut tu almari solek habis pecah. Lysha jangan macam ni nak , tak senang mama nak tinggal Lsyha." terkejut sungguh dia , anaknya mungkin alami tekanan selepas diugut oleh suaminya semalam.

" Maa , Lysha taknak ma. Nanti mesti Lysha kena tolong buat kerja rumah mesti Nekmah kejut Lsyha awal pagi , mesti Kakyam suruh Lysha tolong dia buat kerja macam - macam. Nanti Nekmah suruh Lsyha baca quran selalu , Lsyha takda masa dengan diri Lsyha kalau mama biarkan Lysha duduk dengan diaorang " adu Alysha berselang dengan tersedu sedu.

" Ya Lysha mama faham , mama tahu. Tapi mama tak mampu buat apa - apa. Mama harap Lysha boleh dengar kata papa kalini , papa sakit Lysha tahu kan ? Jaga la hati papa. Mama taknak Lysha bersikap degil. " nasihat Azizah berharap agar anaknya sedikit terpujuk.

" Seminggu je kan ma ? lepas mama papa balik sini , Kakyam dan Nekmah balik kampung semula kan ? "

" Ya sayang , seminggu je. Mama tahu anak mama ni baik orangnya " sayu nadanya berkata.

" Nanti Lysha makan , mama papa pergilah dulu " ujarnya sambil menyalam tangan Puan Azizah.

.

.

" Assalamualaikum " kedengaran serentak beberapa orang memberi salam.

' Siapa pulak bagi salam pagi - pagi buta ni , 2 pagi ni eyh ' bisik Alysha sambil matanya terpisat pisat.

Berhati - hati dia menuruni tiap anak tangga sambil memegang kayu besbol milik papa nya. Dia mengintai sedikit melalui tingkap.

Ohlaa. Ingatkan sampai pagi esok , rupanya pagi ni dah sampai. Masakla aku...

"Papa , mama masuk la. Eh Kakyam dengan Nekmah pun ada sekali. Masuk , masuk ." ajak Alysha ramah.

Ramahla sangat , padahal dalam hati tu tak henti henti diumpatnya Kakyam. Alysha , Alysha..

"Ehem , dah tak sudi nak salam tangan kami ni ke ?" sinis Kakyam berkata.

Eh eh perempuan ni eyy desis hati Alysha sambil menghulurkan tangan nya. Alah salam acuh tak acuh je dia buat.

Hisyam merenung tajam tingkah anaknya itu. Geram saja mahu menarik rambut nya. Biadap !

" Jom Lysha , esok pagi Nekmah masak sedap - sedap ya." Nekmah yang perasan akan keadaan yang tegang cuba untuk menceriakan kembali suasana.

Ahhhh tahan Alysha seminggu je seminggu je , tahan , tahan. Keep calm and think positive ! pujuk Alysha pada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience