Bab 11

Romance Completed 6311

"KAU tidur bawah , aku tidur atas katil. Dah fullstop." terkejut Alysha apbila Ryan juga merebahkan badan di atas katil.

" Eh eh eh sedapnyaa halau kita , awak tu tidur bawah. Dahla menumpang bilik orang lepastu halau tuan punya bilik pulak. Bukan bilik ni je saya punya , rumah ni pun saya punya." sinis Ryan membidas.

" So aku tetamu kan ? Layanlah tetamu dengan baik , kau bawah aku atas. Dah , kalau taknak aku jerit sampai ibu ayah dengar kau naiklah atas katil ni. Kita tengok huru hara apa nak jadi malamni. " ugut Alysha.

" Kau memang suka menyusahkan orang kan ? Aku boleh sangat nak biarkan keluarga kau malu sia - sia dan lari je dari perkhawinan tu. Dengan perangai kau macam ni , bangla tepi jalan pun tak hingin ! " amik kau perempuan , berlagak hebat sangat. Sekali sekala kena jugak bagi bertepek atas muka tu biar sedar diri , gumam Ryan.

" Okfine , aku tidur bawah ! Mampus kaula dengan katil tu , tidur puas - puas atas katil tu. Nanti nak mati bawak sekali katil tu masuk kubur , orang macam kau ni azab dia banyak lah kan ? Huh " panas Alysha membalas.

Sabar Ryan sabar , dia isteri kau. Sabar. Pujuk hati Ryan sendiri , jika di ikutkan hati ni mahu saja dia melempang mulut celupar isterinya.

Tanpa menunggu sesaat jua , Alysha menghampar selimut nipis berhampiran pintu tandas dan baring membelakangkan katil.

Lantak kaulah , ingat aku nak pujuk ke erh. Desis Ryan , masak sungguh dia dengan perangai terlalu ke anak - anakkan isterinya itu.

Guruh berdetum detum , Alysha mula resah dengan peluh dalam dingin. Perasaan takut mula menyelubungi. Otaknya pula memainkan peranan dengan flashback cerita hantu yang ditonton semalam , aduhh macam mana ni. Ryan dah tido ke ?

Alysha mengangkat - angkat leher mengintai sama ada Ryan sudah memproses tahi mata atau masih belum lena. "Ryan , bangun kejap." Dengan kasar tubuh suaminya digoyang.

Ryan yang terasa diganggu terus membuka matanya. Melihat Alysha bersila di tepi katil , lantas dia bangun. Oh caring jugak ya , no no ni tanggungjawab okay , mana tahu budak ni sakit ke apa. Sempat lagi Ryan berceloteh dengan otak nya.

" Kenapa ? Kau lapar ke ?" tanya Ryan dengan suara serak.

Alysha menggeleng.

" Agak agak lah lapar pukul 3 pagi , aku takutlah hujan ni." adu Alysha. Entah apa yang merasuki fikirannya bila takut nakkan si suami. Mungkin aku rasa nak berteman je kot. Hrm

Ryan meraup mukanya sebelum bersuara.

" Habis awak nak saya buat apa ?"

Alysha perasan dengan panggillan 'aku - kau' awak - saya ' yang sering bertukar - tukar. Mungkin kalau dia marah dia guna aku kau , kalau dah ok awak saya ? Pelik , tapi baguslah boleh aku cam mood dia. Alysha termenung sebentar.

" Ehem , nak saya buat apa ?" soal Ryan kembali.

" Temankan aku boleh ? Sampai subuh je atau pun sampai hujan reda. Kalau tak boleh tak pelah , aku kan menyusahkan je. Sorrylah kacau kau tidur." Nadanya kedengaran macam nak nangis nak tak je. Dah penakut taknak mengaku pulak.

" Saya mengatuklah , kalau tak nak takut sini tidur sebelah ni. Saya janji tak buat apa - apa pun." ajak Ryan sambil menepuk bahagian katil sebelahnya.

" Ish kau ni , aku suruh teman bukan mintak tidur sekatil." rungut Alysha.

" Ok then ? Saya nak tidur , mengantuk. Kalau awak nak berjaga depan pintu tandas tu ha buatlah , dalam tandas banyak hantu. Lagi - lagi masa hujan ni lagila galak hantu nak mengusik. Kalau hantu nampak awak depan pintu tandas mesti diaorang suka dapat habuan penakut macam awak. " leter Ryan pantas mengambil posisi berbaring semula.

Perlahan - lahan Alysha naik ke atas katil selepas diugut sebegitu teruk oleh Ryan.

" Ryan , tido dah ke ? " soal Alysha sambil melayangkan tanganya di wajah Ryan.

Tiada respon.

Tido dahla tu. Alysha memerhatikan seraut wajah tenang yang sedang lena. Kacak , alis kening nya yang tebal hitam pekat , bibir nipis sedikit pucat , mata helang dan jawline yang jelas. Hensem jugak dia ni , persis anak raja pun ada. Selepas puas menilik wajah Ryan , Alysha merebahkan badanya dan dijarakkan dengan bantal peluk ditengah. Barulah yakin takda apa - apa akan berlaku.

.

.

" Alysha bangun sayang..."

Alysha terasa pipi nya ditampar halus dengan tangan kasar. Copp copp tolong la bukan hantu Ya Allah , aamiin. Perlahan - lahan Alysha membuka matanya.

" Ish apa kau ni , sekarang pukul berapa?" tanya Alysha dengan kasar.

" Dah masuk waktu subuh ni , jom solat. Saya tunggu awak mandi , cepatlah bangun." uhar Ryan lembut memerhatikan seraut wajah cantik isterinya.

" Aa.. aa.. aku , aaku cuti." bohong Alysha, suami dah kejut solat pun kau taknak. Lari dari pahala ke Alysha.

" Okay , sambunglah tidur. "

Alysha melelapkan mata. Ryan perlahan - lahan mengucup dahi gadis yang kini sudah sebulan lebih menjadi isterinya. Tak pernah aku cium dahi isteri sendiri, dah nak dua bulan kahwin dah pun.

Alysha yang sebenarnya hanya berpura - pura lena terkaku dengan ciuman hangat dihadiahkan daripada suaminya. Dulu, seluruh wajahnya pernah dicium oleh Haqiem. Kini, suaminya hanya mencium dahi saja. Kotor sangatkah aku sebelum ini? Tak, mungkin aku hanya tersilap jalan.

" Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim , Ya Qayyum. Padamu aku mohon Ya Allah kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa ku, kau murahkanlah rezeki kami ya Allah, kau sayangilah hamba mu yang hina ini ya Allah, kau permudahkan segala urusan hamba mu ini, semoga isteriku Alysha Qaisara Bt Hisyam diberi hidayah, dan semoga aku berada dijalan mu yang lurus, ya Allah. Aamiin aamiin. "

Sebak Alysha mendengarkan doa itu, doa ikhlas seorang anak pada ibu bapanya, doa pada isterinya, aku, aku isteri dia. Andai dia jodohku, kau dekatkanlah dia padaku , andai dia bukan jodohku, semoga kami dapat berpisah dengan baik. Izz Ryan Ammer lelaki yang baik... bukan seperti aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience