Bab 13

Romance Completed 6311

"Ada nak apa - apa lagi ke?" soal Ryan selepas keluar dari pavilion.

"Dah, cukup dah." jawab Alysha.

"Ryann! Goddd, tak sangka jumpa you kat sini." jerit seorang perempuan memakai tudung shawl berwarna biru laut dan blouse hitam dikenakan dengan jeans biru pekat. Cantik, menutup aurat.

"Eh hai Nadia, lama betul tak jumpa. Tiba - tiba jumpa kat sini." balas Ryan mesra.

"Tulah i pun tak sangka, eh ni isteri you ke?" tanya Nadia sambil menghulurkan tangan kepada Alysha.

"Tak ada lah, i belum kahwin. Ni adik i yang bongsu tu, baru balik dari UK." jawab Ryan sambil memandang Alysha.

"Eh i rushing ni, nak jumpa client. Nak number you, at least kita boleh contact lagi."

Alysha yang berada di sebelah Ryan sudah panas telinga mendengar perbualan terlebih mesra mereka berdua. Ryan tu kalau dengan perempuan lain baik pulak, kalau dengan aku? Layan macam apa je.

" Abang jomla. Angah sakit perut la." lakon Alysha mengalahkan pelakon drama tv 3.

"Okay, maybe nanti kita boleh minum setable kan? i gerak dulu."

Eleh sibuk je ajak perempuan lain minum setable apelah bagai,bini sendiri taknak pulak. Aku jeles ke? No, big no. Biasala perempuan.

"Ex-girlfriend or skandal?" soal Alysha selepas bayang Nadia sudah hilang.

"My lovely ex-girlfriend." selamba Ryan menjawab.

"Kenapa break? Dia kan dah menutup aurat, lemah lembut, cantik, pandai, comel, cute."

"Tak semestinya orang yang pakai tudung ni baik yang macam awak sangka Alysha, saya bukan nak ubah tanggapan. Tapi sesetengah yang pakai tudung hanya untuk menutup perangai liar dibelakannya. Tapi tak apalah, sekurang - kurangnya dia dah ikut salah satu perintah Allah swt untuk pakai tudung." terang Ryan.

"Ooo maknannya dia Nadia tu jahat eh?" tanya Alysha lagi.

"Adake saya kata dia jahat? Saya cuma bagi pandangan pada pujian melambung awak tu." balas Ryan.

"Oh so maknany-" kata - kata Alysha berhenti bila Ryan memotong.

"Takde makna pun, masuk kereta cepatlah. Ke nak tidur kat sini." ujar Ryan.

Ringtone telefon berbunyi*

"Hello?" tanya Alysha sebaik saja menjawab panggilan.

"Alysha, aunty harap Alysha kuat untuk dengar perkara ni. Tabahkan hati ya nak." jawab seseorang.

"Kenapa? Awak siapa?" soal Alysha.

"Puan Zaleha dan Dato' Hisyam cedera parah kemalangan masa nak ke rumah Alysha dan Ryan. Puan Zaleha patah kaki dan tangan , mata tertusuk kaca. Dato 'Hisyam patah tengkuk dan kaki."

"Whatt apa ? Astaghfirullahalazim. Parents saya kat mana sekarang?!" soal Alysha dengan perasaan takut, takut jika tidak sempat minta ampun.

"Sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Alysha datang cepat ya." talian dimatikan sebaik diberitahu lokasi mama dan papanya dirawat.

"Siapa Alysha? Kenapa dengan parents awak?" soal Ryan yang tekun memandu.

"Tolong bawak aku ke Hospital Kuala Lumpur, mama papa accident." jawab Alysha teresak - esak.

"Astaghfirullahalazim, sabar Alysha. Saya bawak sekarang."

Sepanjang perjalanan, Alysha tidak berhenti teresak-esak. Ryan juga sudah buntu cara nak memujuk

Alysha terus berlari menuju ke wad kecemasan sebaik Ryan memakirkan kereta.

"Mama! Papa! Alysha datang pa, ma. Mana papa mama Alysha dah datang." sayu suara Alysha menjerit di hadapan pintu wad kecemasan.

"Alysha apa awak buat ni, mama papa tak apa-apa. Janganla sampai menjerit buat kecoh macam ni, sabarla sayang." pujuk Ryan sambil mengosok bahu Alysha.

"Cik Alysha anak Dato 'Hisyam ya?"

Lantas Alysha mengangguk menjawab soalan seorang lelaki dalam usia 40an- lengkap berpakaian seperti doktor.

"Puan Zaleha dan Dato' Hisyam masih dirawat, tolong tenangkan diri dan bersabar. Keadaan mereka agak parah, Puan Zaleha akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kaca dalam matanya. Kaki Dato'Hisyam pula perlu dimasukkan besi." terang doktor itu.

"Tolong doktor, buat lah pemebedahan apa sekali pun asalkan mama dan papa saya selamat. Berapa kos sekali pun biar saja, tolong tolong sangat." ujar Alysha dengan sebak. Dia tidak sanggup kehilangan kedua ibu bapanya, dia belum sempat menjadi anak yang baik, dia belum sempat membalas jasa kedua ibu bapanya, dia belum sempat memohon ampun ibu bapanya.

NOTE : ED AKAN SAMBUNG NEXT ASAP
:))) THANKS YANG SUDI BACA DAN JANGAN LUPA RATE GIVE ME SOME SUPPORT ! :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience