Bab 12

Romance Completed 6311

" Morning ibu, ayah!" sapa Alysha sebaik saja turun kebawah untuk makan pagi.

"Hai menantu ayah ni pukul 11 baru turun, penat ke semalam?" usik Adnan.

"Ish takdelah, Alysha dah bangun pagi tapi terlelap pulak lepas mandi." bohong Alysha.

"Jom makan ni ibu ada masak mee dengan nasi goreng, milo panas pun ada." ajak Puan Zaleha mesra.

Sebenarnya Ryan sakit hati juga dengan perangai isterinya. Mak, ayah mertua datang macam takde effect langsung pada dia. Ingatkan boleh la bangun awal tolong apa yang patut. Ini tak, dah bangun lewat turun terus nak melantak. Nasiblah Ryan.

" Hai Ryan tenung sampai nak tembus dah bini tu, kotya pun sabarla tunggu ibu ayah balik." usik Puan Zaleha.

"Isyh takdelah, sini sayang jom makan." ajak Ryan sambil menarik kerusi disebelahnya dengan mesra.

Alysha membalas ajakan suaminya dengan senyuman yang teramatlah 'ikhlas'.

.

.

"Jom siap, lepas ibu ayah balik kita kena beli barang sikit untuk nak ke Maldives." ajak Ryan sebaik saja ibu dan ayah keluar dari rumah.

"Eh aku tak kata aku setuju nak ke Maldives."

"Ye saya tahu, tapi sekurang - kurang nya kena la pergi jugak. Nanti sampai sana saya amik lagi satu bilik kosong. Ayah dah siap beli tiket, jomla." pujuk Ryan.

"Ok, janji eh sampai sana amik bilik lain?" tanya Alysha mahukan kepastian.

" Ye. Tapi tak janji." jawab Ryan perlahan , Alysha tidak mendengar. Bagus.

"Cepatlah siap."

"Yelah, aku ikut pun sebab tiket free."

"Free ke tak free ke kena ikut jugak. Tempat isteri disamping suami? Ye dokk isteri ku?"

Datang lah tu perangai telinga masuk air semut dia, geli aku.
"Siapa isteri kau eh?"

Amboi kurang ajarnya budak ni. Tunggu kau nanti.

"Malas lah nak gaduh, kalau saya ajak awak gaduh mesti awak layan je kan? Kalini saya mengalah." ujar Ryan selamba lalu berbaring di sofa.

Alysha terus ke bilik untuk bersiap.

Selepas hampir 15 minit bersiap. Alysha turun semula dengan memakai blouse lengan pendek berwarna putih yang mendedahkan sedikit lurah dadanya yang dalam dan jeans sememangnya ketat berwarna hitam. Rambutnya pula dihiasi dengan klip berbentuk mutiara yang berkilauan.

Ryan memandang sekilas.

Cantik, cantik sangat.

Tapi kalau tak tutup aurat takde gunanya cantik.

"Awak tak ada baju yang menutup sikit ke?" bukanlah dia terlalu lapuk untuk mengikuti segala fesyen terkini, tapi sebagai suami sudah menjadi tanggungjawab dia untuk menegur pakaian isterinya yang agak terdedah.

Ryan merenung isterinya, nafsu berkocak apabila terlihatkan lurah dada isterinya.

Tak boleh jadi, dia mesti tukar pakaian. Nanti kalau ke shopping mall habis dibelanja semua laki free saja. Aku yang menanggung dosa dia.

"Alysha, saya cakap baik - baik dengan awak tolong dengar ya. Tukar baju awak, kesiankan lah saya menanggung dosa awak. Kalau dulu awak kesian kat papa sebab papa tanggung dosa awak, sekarang kesiankan lah saya. Suami awak." lembut Ryan berkata.

"Encik Ryan, dulu masa nak mencuri tu kau lupa ke dosa pahala tu apa? Walaupun ilmu pengetahuan bab agama aku ni cetek tapi hukumannya kena potong tangan kan? Kalau setakat aku dedah sikit ni tak jadi masalah lah untuk kau, kau pun banyak dah dosa. Alang - alang aku bagilah lagi. "

Terkedu Ryan mendengar, keras sangatkah hati dia untuk menerima teguran aku? Aku suami dia. Dia layan aku tak ubah macam orang asing. Egonya sebagai seorang suami tercabar dengan sikap biadap isteri. Tanpa menunggu, Ryan menarik Alysha masuk ke bilik.

"Ouch sakitlah , lepas lah lepas!" jerit Alysha sebaik saja Ryan mengunci pintu bilik.

"Aku nak kau tukar baju kau, sekarang!!" tengking Ryan.

Terkaku pergerakan Alysha bila ditengking begitu.

"Aku kata tukar!!" tengking Ryan, sekali lagi.

"Oo oo okay aa.. aku tukar, kau keluar lah dulu." jawab Alysha tergagap - gagap.

" Asal? Kau malu ke takut? Kalau nak kata malu aku rasa jauh lagi, sebelum ni kau keluar pakai kemain seksi lagi. Masa aku pecah rumah kau tu pun kau pakai skirt paras peha je, elok je tak malu. Kalau takut, kenapa nak takut dengan aku sedang kan dengan Allah? Jaga percakapan kau dengan aku Alysha, aku boleh berlembut aku juga boleh berkasar dengan kau, kalau cara kau memaksa."

" Boleh aku pakai ni?"Alysha menunjuk sehelai cardigan bercorak bunga - bunga.

"Asalkan tutup dada kau, kau bukan pelacur kan?" sinis Ryan menjawab.

Alysha segera memakai cardigan.

"Ok tak?" soal Alysha.

"Ok, dah jom." jawab Ryan sambil memegang tangan Alysha.

Tangan halus yang dipegang itu serasa seperti ditarik, Ryan mencengkam tangan Alysha dengan lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience