“Apa! Coral diculik?” Chayton dan Janira terkejut apabila mendengar penjelasan daripada Anakin. “Carol..” Janira menitiskan air matanya. Dia tidak boleh hidup sekiranya tanpa anak perempuan kesayangannya.
“Saya sudah beritahu ayah tentang penculikan Coral tetapi ayah tidak memberi sebarang respons.” Jelas Anakin. Chayton mengeluh panjang. “Esok pagi kita akan cari Carol.” Arah Chayton. Chayton terus keluar untuk meminta bantuan daripada kawan-kawannya. Janira terduduk sambil memeluk Ma’el.
^^^^^^^^^^^^^^^
“Tolong lepaskan saya. Kenapa awak menculik saya?” tanya Carol sambil meronta-ronta. Lelaki yang menculiknya tadi sedang mengunci pintu bilik kurungan yang bagaikan penjara itu. Carol menangis-nangis minta dilepaskan.
“Raja nak berjumpa dengan kau nanti. Kau berehat. Jangan buat bising.” pesan penjaga disitu. Coral duduk sambil memeluk kedua-dua belah betisnya. Air mata bercucuran membasahi pipinya. Carol menangis sehingga dia tertidur kepenatan.
Share this novel