“Pintu tu dah terbuka!” jerit Dame kepada Locko. Locko tersenyum riang lantas dia membunuh terus musuh yang berada di hadapannya dan berlari ke arah Dame. Pintu itu baru separuh terbuka. Coral dan Anakin cuba untuk menghalang Locko daripada masuk kedalam pintu tersebut dan memusnahkannya. Negeri Raja ini akan musnah dan akan menjadi tanah lapang dan mereka boleh membina negeri mereka sendiri.
“Anakin, saya akan menghalang Locko. Awak lindung saya. Boleh?” tanya Coral.
“Boleh. Untuk awak semua saya boleh buat.” Coral tersenyum lantas dia berlari sambil membawa pedangnya ke arah Locko yang sedang beria mendaki masuk ke dalam istana dibantu oleh konco-konconnya.
Chayton yang terkejut apabila ternampak Coral sedang mengejar Locko. “Coral!!!” jerit Chayton. Coral tidak mengendahkannya. Tumpuan dia hanya untuk menghalang Locko. Anakin cuba untuk menenangkan Chayton yang mahu mengejar Coral.
“Jangan halang dia.” halang Anakin. “Dia akan mati sekiranya dia menghalang Locko. Locko ada kuasa yang sangat kuat.” kata Chayton dalam keadaan resah.
“Jangan risau. Coral seorang yang bijaksana.” tenang Anakin. Chayton cuba menenangkan dirinya. Dia menonong ke atas melihat Coral yang sedang lincah memanjat bukit yang agak tinggi itu.
“Coral hati-hati sayang.” bisik Chayton.
Share this novel