Pagi itu, mereka akan menyerang istana raja dengan meriam buatan mereka menggunakan bahan yang mereka kumpulkan di hutan. Coral mengikuti peperangan tersebut secara sembunyi. Mujur Anakin mengikuti bapanya ke medan peperangan peringkat pertama ini. Coral memakai baju labuh dan memakai hood pada kepalanya supaya dia tidak disedari oleh puak Onyx yang lain. Anakin menunggang kudanya manakala Coral duduk di hadapan Anakin. Memandangkan badan Anakin lebih besar dari Coral, ia membuatkan lebih senang untuk Coral bersembunyi.
“Anakin, cover saya.” Bisik Coral. Anakin mengangguk.
“Attack!” kedengaran Bardon memberi arahan kepada orang-orang kuatnya untuk menyerang istana tersebut. Kesan letupan meriam itu memusnahkan sebahagian daripada bangunan istana. Bergegar segenap ruangan disitu. Coral sedikit terkejut.
“They’re here!” jerit salah seorang manusia di bangunan istana tersebut. Mulalah peperangan disitu. Gergasi merempuh manusia dan manusia merempuh gergasi. Kebanyakannya ramai manusia tewas dengan gergasi kerana puak Onyx menggunakan tukul besi gergasi dan pedang yang lebih besar berganda-ganda. Ia memudahkan puak Onyx membunuh manusia dengan cepat.
Carol turun daripada badan kuda tersebut manakala Anakin kekal duduk di atas kuda sambil melihat tindakan Carol. Carol melihat Chayton sedang bertempur dengan seorang manusia yang sememangnya handal berlawan. Carol mengeluarkan pedang yang diberi oleh Chayton. Dia melompat dari satu ke tempat yang lain dan dia berada di sebelah Chayton. Dengan hanya sekali tusukan pedang, Coral berjaya menamatkan riwayat hidup manusia yang menyerang Chayton.
“Daddy..” Coral memeluk Chayton.
“Coral, why are you here? You can’t be here. Go back home now.” Bisik Chayton pada anaknya. Coral menggelengkan kepalanya. “No, I am here because I want it. Daddy jangan risau, Coral kan dah tahu cara berlawan.” Coral mengenyitkan matanya kemudian dia berlawan dengan manusia-manusia yang lain. Siapa sangka budak kecil berusia sembilan tahun dapat menewaskan beberapa askar manusia itu. Tiba-tiba Chayton mendukung Coral dan mereka semua berpatah balik. Mungkin berehat. Tiada lagi bunyi besi berlaga-laga dan riuh-rendah.
Share this novel