Bab 1
Seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan enam tahun berlari-lari kemudian dia melompat dari batu kecil ke batu yang lebih besar. Dengan mudahnya dia dapat naik ke atas batu yang besar lagi tinggi itu. Mata si kecil itu meliar melihat suasana disitu, kemudian dia menarik satu akar yang terjuntai seperti tali, dia mendarat di atas rumput dengan selamat.
“You can’t catch me!” jerit si kecil itu. Tiba-tiba muncul satu gergasi besar mengejar kanak-kanak perempuan itu. Si kecil itu terus berlari dan mencapai tali akar pokok itu tersebut, belum sempat dia menghayunkan dirinya untuk ke tempat lain, dia sudah ditangkap oleh makhluk gergasi bengis itu. Si kecil itu menjerit.
“I got you, Coral.” Kata gergasi itu. Si kecil bernama Coral itu memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh. “Don’t make that annoyying face.” Kata gergasi itu sambil mencuit mulut Coral yang memuncung panjang itu.
“Let’s go home. It will be dark soon.” Coral memeluk dada gergasi itu lalu gergasi itu membawa dia pulang ke rumah.
“Mummy, I’m home!” teriak si kecil itu sambil mendapatkan ibunya yang sedang baring itu. “Hey Coral.” Si ibu gergasi itu memeluk si anak kecil itu dengan usapan mesra. Coral tersenyum girang.
“Hi baby. When you will come out from mummy’s stomach?” petah Coral sambil mengusap perut boyot si ibu gergasi itu. “I will come out so soon, Sis Coral.” Kata si ayah gergasi dengan mengajuk cakap seperti kanak-kanak. Coral ketawa.
Malam itu, sesudah si ibu gergasi menidurkan Coral. Dia berbual-bual dengan suaminya mengenai peperangan mereka dengan manusia. Gergasi ini adalah daripada keturunan Onyx. Mereka memusuhi manusia sejak azali lagi. Tetapi sejak pertemuan mereka dengan Coral di tepi sebatang sungai mengubah corak kehidupan mereka. Janira dan Chayton, pasangan suami isteri menemui Coral di tepi sebatang sungai di dalam bakul dan ketika itu Coral masih lagi bayi. Namun ada sebahagian dari mereka tidak menyukai Coral kerana Coral adalah 100% manusia. Chayton dan Janira bernekad untuk menjaga Coral yang masih bayi itu kerana kasihan.
“Chayton, are you sure that we will go tomorrow?” kata Janira sambil mengusap perutnya itu. Chayton hanya mengeluh kemudian tangannya ligat mengusap rambut panjang Coral. Usapannya tidak mengganggu tidur lena Coral.
“We have too. Kalau tidak Locko akan guna kuasa dia untuk bunuh kita. Kita kena ikut perintah dia.” Kata Chayton lemah. “Tapi saya mengandung, macam mana saya nak pergi? Coral pula bagaimana?” tanya Janira, dia mengubah posisinya kepada mengiring sambil mengusap wajah Coral. Sekali lagi Chayton mengeluh lalu dia merebahkan dirinya di tepi Coral sambil memandang isterinya.
“Awak kena lindung perut awak itu dengan satu benda kemudian Coral kita letak di dalam sebuah beg agar mereka tidak perasan tentang kehadiran Coral bersama.” Janira mengangguk faham. Kemudian dia menarik tangan suaminya dan meletakkan di atas perutnya itu. Dia tersenyum.
“We already have a daugther. Now its turn to we get a son.” Kata Janira. Chayton ketawa kecil.
Share this novel