BAB 13

Adventure Completed 5777

Coral berlari sekuat hatinya ke arah tempat Chayton yang sedang duduk di atas batu. Mereka masih lagi berbincang. Coral menyorok di sebalik celah batu berdekatan dengan Chayton.

“Kita mesti menang. Kuasa kita perlu dikukuhkan lagi.” kata Chayton. “tak perlu kita khuatiri. Aku jamin kita pasti akan takluki negeri mereka.” kata Locko dengan penuh keyakinan bercampuran dengan sikap cakap besarnya itu.

“Bagaimana?” tanya anak-anak buahnya.

“Pintu ajaib emas” kata Locko sambil tersenyum jahat. Chayton terkejut. Pintu ajaib emas itu sangatlah bahaya apabila digunakan. Orang yang tidak bersalah turut akan mati dengan dalam keadaan yang teruk. Orang yang tidak bersalah sepatutnya tidak perlu diusik sebaliknya dijaga dengan baik dan menunjukkan contoh kepada mereka bahawa gergasi adalah keturunan yang baik namun impian Chayton musnah.

“Tapi penggunaan kuasa sebegitu sangat bahaya.” kata Chayton. Locko memandang tidak puas hati pada Chayton. “apa yang kau perlu takutkan pada manusia durjana itu semua? Mereka musuh kita. Ikutkan kekejaman aku, budak perempuan itu juga turut aku musnahkan.” marah Locko. Coral terdiam. Dia perlu fikir bagaimana dia perlu selamatkan diri dia.

“Aku perlu tolong Daddy. Aku perlu lindungi keluarga kesayangan aku.” azam Coral. Lantas dia beredar dari situ dan mencari senjata yang sesuai untuk dia sertai peperangan tidak lama lagi akan tercetus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience