“Maafkan abang, sayang. Dia lari terlalu cepat.” beritahu raja kepada permaisurinya. “Tak apa abang. Sayang tahu anak kita sangat marah kerana sayang buang dia dari lahir.” permaisuri tersebut mengesat air matanya. Dia sangat bersalah dengan puterinya itu. Kesalahan dia sangat besar kerana membuang puterinya 9 tahun yang lalu. Sejak dia diberitahu oleh doktor yang dia tidak boleh hamil lagi kerana risiko besar boleh membawa maut kepada dirinya.
Dia sedar mungkin pekara ini berlaku kerana keegoan dia membuang puteri sulungnya. “Nanti benarkan sayang keluar mencari dia bersama pengawal.” raja membesarkan matanya. “sayangkan tak sihat. Biarlah abang yang mencari bersama pengawal.” permaisuri akur dengan rajanya.
“Hati-hati abang. Sayang risau dengan keadaan di luar sekarang.” pesan permaisuri tersebut.
Coral berlari sekuat hatinya sehingga dia tidak sedar diri bahawa dia sudah jauh dari istana tersebut. Dia cuba mengingati jalan untuk balik ke rumah keluarganya.
“Coral!” Coral memandang ke belakang dan terkejut apabila melihat Anakin dalam keadaan tidak bermaya mendekati Coral. Segera dia mendapatkan Anakin.
Share this novel