BAB 4

Adventure Completed 5777

Sampai sahaja di rumah, Coral menyorok disebalik pintu apabila dia ternampak Bardon sedang memarahi Chayton dan Janira. Ma’el hanya memeluk pinggang Coral. “Sampai bila kau nak bela budak manusia tu, hah?! Jangan sampai satu hari nanti dia belot kau dan keluarga kau. Kau mesti ingat dia tu manusia. Musuh kita. Walaupun dari kecil kau jaga dia tapi boleh terjadi juga dia menjadi pengkhianat.” Bardon menunjal-nunjal kepala Chayton. Coral terus masuk dengan gaya berpeluk tubuh.

“Hei Bardon. Jangan pernah sesekali hina saya, okey? Saya memang manusia tapi tak beerti saya akan khianati keluarga saya ini, yang telah menjaga saya dari kecil.” Marah Coral. Bardon memusingkan bebola matanya lalu dia mengangkat Coral tetapi Coral lebih cekap dengan menaik ke atas badan Bardon lalu menumbuk mata Bardon.

“Ahhhh!” Coral mendarat di atas lantai dengan cantik. “Lagi sekali saya dengar awak cakap macam tu, saya tak teragak-agak untuk menggunakan skil saya pada awak. Awak tu hanya ketua perang hanya bila diperlukan sahaja, daddy adalah ketua Onyx. Sedar sikit.” Kutuk Coral. Bardon mahu menghayunkan penukul besi gergasi itu kepada Coral tetapi Chayton menarik Coral kebelakang tubuhnya. Bardon mendengus lalu beredar dari situ.

“Anakin! Home!” marah Bardon pada anak lelakinya. Anakin melambai tangannya ke arah Coral. Coral membalas.

Malam itu, Coral menopang dagu sambil termenung di luar rumah. “Jauh Coral termenung.” Tegur Janira kepada anak perempuannya. Coral terkejut lalu dia menggosok-gosokkan matanya.

“Hmph. Tak adalah mummy.” Janira mengusap lembut rambut Coral. Coral bersandar pada lengan Janira. “Coral cuma terfikir, siapa keluarga Coral sebenar? Kenapa mereka buang Coral?” Janira tersentak. Dia tidak menyangka Coral akan memikirkan tentang itu. Adakah kata-kata Bardon memberi kesan pada Coral?

“Kenapa Coral cakap macam tu? Coral nak tinggalkan mummy ke?” tanya Janira sayu. “Bukan mummy. Coral hanya terfikir. Coral tahu semua puak Onyx tak pernah sukakan Coral sebab Coral manusia. Hanya daddy, mummy, Ma’el dan Anakin sahaja yang sayangkan Coral.” Perlahan-lahan air mata Coral menitis. Janira mendakap tubuh Coral erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience