BAB 17

Adventure Completed 5777

“Aku bakal miliki negeri ini tak lama sahaja lagi. Pintu ini akan aku musnahkan.” jerit Locko. Hampir separuh manusia sudah mati dibunuh hanya tinggal beberapa sahaja termasuk keluarga kandung Coral.

“Locko!” jerit Coral. Locko memandang kerek ke arah Coral yang sedang berdiri tegak di hadapannya sambil memegang pedangnya.

“Apa Coral sayang?” sindir Locko. Dada Coral turun naik turun menahan amarah. “Hentikan semua ni.” suruh Coral. Locko tergelak besar.

“Lawan aku kalau kau berani. Sekiranya aku kalah, aku akan hentikan semua ni dan menghilangkan diri tapi kalau kau yang kalah, semua keturunan kau aku bunuh termasuk keluarga angkat kau.” Coral tersenyum sinis.

“Baik.” sepatah sahaja jawapan yang keluar daripada bibir Coral.

Perlawanan antara Coral dan Locko bermula. Coral memberi peluang kepada Locko untuk menyerangnya bertubi-tubi. Raja dan Permaisuri terkejut apabila nampak puteri kandung mereka berlawan di tengah-tengah padang luas.

Locko sangat geram kerana semua tentangannya ditepis mudah oleh Coral. Kini giliran Coral menyerang Locko. Beberapa kali mata pedang Coral terkena pada bahu Locko. Locko menahan sakit dan menyerang semula Coral.

Dalam beberapa jam, perlawanan masih lagi berjalan. Coral tidak mengenal erti penat lelah dia masih lagi bertarung supaya Locko berhenti melakukan rancangan jahatnya.

Coral terlepas pandang apabila Locko menyerang menggunakan kuasa kuatnya. “Coral!!” jerit Anakin. Coral terkejut apabila Anakin rebah terkena kuasa Locko. Coral segera mendapatkan Anakin yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Locko kau memang melampau! Kau bunuh Anakin!” jerit Coral. Bardon terkejut apabila anaknya sendiri mati di hadapan matanya. Dibunuh oleh ketua yang selama ini dia agungkan.

Coral sudah hilang sabar apabila Anakin mati di hadapan matanya. Anakin sahabat yang dia paling sayang dan dia paling cintai. Anakin seorang sahabat yang memahami dia dan sentiasa ada untuknya. Serangan bertubi-tubi Coral membuatkan Locko tidak dapat mengelak.

Chayton dalam diam dia masuk ke dalam istana dan membunuh semua gergasi jahat yang menjaga pintu tersebut. Chayton bertembung dengan Raja iaitu ayah kandung Coral. Raja tersebut tidak membunuh Chayton kerana dia tahu Chayton yang telah menjaga puterinya dari bayi sehingga sekarang.

“Kau penjaga Coral?” tanya Raja. Chayton mengangguk perlahan. “Aku akan bantu kau. Terima kasih kerana telah melindungi anak aku.” kata Raja.

Locko sudah jatuh di tangan Coral. Locko menjerit sekuat hatinya kerana tidak puas hati cara kekalahannya. Akhirnya, Locko mengundur dirinya apabila semua yang berada disitu.

Coral menangis apabila melihat mayat Anakin bertukar menjadi abu dan berterbangan. Coral tidak sempat menunaikan janjinya kepada Anakin.

Coral balik semula ke pangkal keluarga angkatnya. Coral menjadi seorang yang pendiam sejak kematian Anakin. Negeri raja tersebut menjadi mundur. Permaisuri rajin melawat Coral walaupun Coral berasa janggal dengannya.

Cerita ini tidak habis disini. Coral rajin memperkukuhkan seni pertahanan dirinya dan dia mewarisi senjata kesayangan Anakin iaitu pedang. Hari demi hari Coral membesar dalam keadaan yang susah. Dia dapat merasai bahawa akan ada bencana atau kejadian yang buruk akan berlaku akan datang. Dia sentiasa bersedia dengan kemahiran yang dia ada. Chayton, Janira dan Ma’el sentiasa menjaga dan melindungi Coral.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience