Coral berlari sekuat hatinya ke tempat berteduh Locko. Dia mahu mengorek lagi rahsia-rahsia jahat Locko. Coral menyorok disebalik batu-batu besar di tepi khemah Locko.
“Locko, apa rancangan kita seterusnya yang tak sepatutnya Chayton bodoh itu tahu?” tanya Bardon.
“Just wait and see.” kata Locko sambil mengukirkan senyuman jahat.
“Kau tolong arahkan yang lain supaya sentiasa berjaga-jaga tentang pintu tu. Aku tidak sabar untuk mengambil alih kuasa pintu istana berkuasa itu. Saat yang paling aku tunggu-tunggu.” kata Locko. Bardon tersenyum sinis.
Coral masih lagi tekun mendengar perbualan mereka. Dia seorang puteri kepada raja dan permaisuri tersebut. Adakah dia patut melindungi keluarga kandung mereka?
“Aku mesti selamatkan semua.” Coral berazam lalu dia berlalu dari situ dan memikirkan strategi yang perlu dia lakukan. Adakah dia patut dia meminta tolong Anakin? Kecederaan Anakin semakin pulih. Kemungkinan besar dia boleh menolong Coral.
Lantas dia pulang ke rumah dan berjumpa dengan Anakin. “Anakin, bagaimana keadaan awak sekarang?” Anakin menarik Coral lalu memeluknya. “saya rindu awak, dua hari awak menghilang. Kenapa?” coral tersenyum.
“saya nak minta tolong awak.” tanpa bertanya Anakin terus mengangguk dan mendengar pertolongan yang diminta oleh Coral.
Share this novel