Peperangan dimulakan tidak lama lagi. Coral dan Anakin bersedia akan peperangan tersebut. Semalaman Anakin membuat beberapa senjata untuk dia dan Coral berperang secara tersembunyi.
“Wahai manusia!” jerit Locko. Semua sudah bersedia berdiri di hadapan bangunan besar Istana. Coral dan Anakin sentiasa berjaga-jaga.
“Adakah kau bersedia untuk aku merampas negeri kau?!” sekali lagi Locko menjerit. “Kau takkan sama sekali dapat merampas negeri aku!?” jerit Raja iaitu ayah kepada Coral. Locko ketawa berdekah-dekah.
“Aku pasti aku akan dapat merampas negeri kau.” kata Locko sambil tersengih. Raja masih lagi bersabar dengan perangai berlagak Locko. Dia hanya menunggu masa untuk diserang oleh gergasi-gergasi tersebut.
“Aku dah tak boleh tunggu lagi. Tanpa membuang masa, aku mulakan serangan aku, wahai manusia!” Locko terus memberi arahan kepada anak-anak buahnya untuk menyerang istana tersebut.
“Serang!!!” arah Locko.
Anakin dan Coral mula bertindak mencari Chayton dan mereka bersiap sedia untuk menyerang musuh-musuh yang akan menyerang pada bila-bila masa sahaja.
“Kita akan serang tanpa berhenti sehingga pintu tu terbuka dan kita boleh masuk. Bagi petunjuk pada Dame.” Coral terkejut apabila mendapat tahu bahawa salah seorang konco Locko sudahpun masuk ke dalam istana secara tersembunyi supaya dia dapat membuka pintu tersebut.
Share this novel