BAB 11

Drama Completed 1472

" Kau jangan cari nafas Heera. Aku sayangkan kau tapi kau buat aku macam ni. Kau ingat aku tak sanggup ke buat apa-apa kat kau. Kalau aku tak boleh dapat kau, kau jangan harap ada orang lain yang boleh rampas kau dari aku." Suara Zayyan berteriak kuat. Bahasanya sudah bertukar kasar.

" Heera.. Heera. Bukak pintu ni " Suara ummi berteriak membuatkan air mata Maheera makin laju mengalir. Mulutnya ditelengkup. Dia tidak mampu menyahut panggilan umminya.

" Kau ikut aku Heera "arah Zayyan garang. Maheera diseretnya ke tepi jendela. Dalam kelam malam, Maheera dapat lihat tangga kayu yang di dinding biliknya.

Maheera menggeleng.

" Jangan degil !!"

Tiba-tiba pintu dipecah dari luar. Jelas nampak riak terkejut diwajah abi dan ummi dan sanak-saudara yang lain turut sama di situ. Maheera dapat melihat kelibat lelaki itu. Mikaeel Hadri ada di situ. Mungkin abi menelefonnya atau mungkin dia sudah ada di luar dari tadi. Mikaeel Hadri dan keluarganya menginap dei rumah Pak Long untuk majlis esok.

" Jangan sesiapa berani datang dekat dengan aku. Kalau tak aku bunuh Heera !!"ujar Zayyan lalu mengeluarkan pisau lipat yang berkilat dan diletakkan betul-betul di tenngkuk Maheera yang diliutupi tudung.

Abi cuba mengahmpiri.

" Zayyan, jangan buat Abi macam ni. Kamu tak sayangkan Heera ke? Dia adik kamu. Jangan terpedaya dengan bisikan syaitan. Mengucap, Zayyan !!" Abi menahan sendunya.

" Semua ni salah abi dan ummi. Korang yang bertanggungjawab atas semua perkara ni. Adik beradik susuan la apa la, sengaja nak hancurkan hubungan kami kan? Macam-macam cari alasan nak pisahkan kami." Zayyan masih bedegil.

" Maafkan ummi Zayyan. Semuanya salah ummi. Ummi yang tinggalakn Heera ibu kamu dan kami tidak tahu selepas ibu kamu meninggal, kamu anak angkat kawan ummi. Ummi yang bersalah pada kamu tapi ummi mintak maaf.Jangan ambil tindakan terlalukan hati, Zayyan. Maafkan ummi" ummi berkata sebak. Dia sudah menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience