Ada mesej. Maheera tersenyum.
" Assalamualaikum Maheera. 15 days more ^ ^"
Mesej dari Mikaeel Hadri. Walaupun sudah hampir sebulan bertunang, mereka hanya berbicara melalui mesej. Itu pon jika perlu. Itu permintaannya Maheera dan Mikaeel Hadri pun ternyata menyenanginya. Berkenalan selepas akad nikah itu mungkin lebih baik. Insyaallah, Maheera mengharapkannya. Moga jodohnya ada dengan Mikaeel Hadri.
Maheera tidak membalas. Dia ketawa sendiri. Dalam tidak sedar dia terhibur dengan ayat yang ringkas itu. Setiap hari ayat yang sama cuma bilangan nombornya makin lama makin mengecil.
" Sengaja mahu menduga hati aku. Insyaallah Mikaeel. Jika kita berjodoh Allah permudahkan." Maheera berkata sendiri sambil tersenyum. Mesej yang tidak dibalas itu dibiarkan sahaja di dalam telefonnya. Dia kembali membuka buku ditangannya untuk meneruskan pembacaannya.
Belum sempat baris pertama dibaca.
Tit tit. Telefon berdecit lagi. Maheera mengerutkan dahi. Mikaeel lagikah? Bukankah sehari dia akan hantar satu mesej ke ke? Maheera berteka-teki. Mesej dari satu nombor yang asing.
" Sampai hati awak buat saya macam ni, Maheera. Saya sayang awak dengan sepenuh hati tapi awak kejam. Awak ingat saya akan biarkan awak kawin dengan lelaki lain? Tidak !! Batalkan perkahwinan atau awak akan menyesal seumur hidup"
Maheera tersentak. Cepat-cepat dia beristighfar. Ya Allah, mesej ini berbaur ugutan tapi siapa? Atau jangan-jangan Zayyan. Ya Allah. Jangan pesongkan imannya Ya Allah. Maheera berdebar. Bimbang pula rasa hatinya. Ya Allah lindungilah Mikaeel Hadri Ya Allah. Jauhkan dia dari dengki khianat manusia. Maheera berdoa dan air mata turun ke pipinya dengan tiba-tiba. Maheera menarik nafas. Dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hanya kepada Allah tempat untuk meminta. Dia merancang dan Allah jua merancang namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Share this novel