BAB 2

Drama Completed 1472

“ Awak sudah hilang akal ke apa? Kita ni adik beradik susuan dan kita tidak boleh menikah. Mana mungkin kita nak melanggar hukum itu. Jika awak sanggup berbuat demikian sekalipun, demi Allah, Zayyan, saya tidak sanggup! Apa guna kita bahagia tetapi kita jauh dari rahmat Tuhan. Awak jangan terlalu mudah nak membuat keputusan. Fikir dahulu baik buruknya sebelum awak mengutarakan hasrat itu. Jangan bermain dengan hukum, Zayyan ”

Zayyan terdiam. Dia tahu dia salah tetapi apa pilihan yang dia ada sekarang.

“ Habis, apa yang saya perlu lakukan sekarang Maheera ? Saya tak sanggup jadikan awak adik saya”

Maheera bangun berdiri dan dengan hujung tudungnya, dia menyapu air mata yang mula bersisa di kelopak matanya.

“ Lupakan perhubungan kita. Atau jika mungkin, anggaplah saya tidak pernah hadir dalam hidup awak. Jika awak tidak mampu lupakan saya sekarang, cubalah dan terus mencuba kerana saya juga akan melakukan perkara yang sama. Saya yakin suatu saat awak akan lupakan saya dan temui insan yang benar-benar tercipta untuk awak. Saya doakan awak akan bahagia. Saya akur pada takdir Tuhan yang selamanya saya akan tetap menjadi adik awak” tenang ucapan Maheera sebelum mula mengatur langkah untuk berlalu.

“ Jangan tinggalkan saya, Maheera. Please, jangan tinggakan saya!” dalam kesayuan ucapan Zayyan benar-benar menyentuh hati Maheera yang paling dalam. Maheera berhenti melangkah namun dia tidak berpaling. “ Saya akan menyambung kembali cita-cita saya dan saya harap awak tidak mencari saya lagi. Insyaallah apabila kita sudah tidak saling bertemu muka dan tidak berhubung, sedikit demi sedikit ingatan awak pada saya akan hilang. Zayyan, jangan menghukum diri. Jangan menyalahkan takdir kerana menentukan kita dalam situasi ini. Percayalah pada perancangan yang Allah telah tetapkan dalam hidup awak. Hidup saya. Yakinlah yang Allah sedang menyulam kehidupan awak dengan gubahan yang indah. Assalamualaikum!” usai melafazkan salam, Maheera meneruskan langkahnya.

Tanpa disedari air matanya setitik demi setitik turun membasahi pipi. Semakin lebat. Sungguh dia tidak dapat membendung perasaan sebaknya dengan perpisahan itu. Perpisahan yang berlaku hanya sebulan dari tarikh perkahwinan yang mereka rancangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience