BAB 4

Drama Completed 1472

" Allahu rabbi, jika ini takdirMu Ya Allah. Permudahkanlah urusanku." lirih bicara Maheera.

Dia menarik nafas dalam sebelum berjalan perlahan mendekati ummi dan abinya yang sedang duduk berhadapan.

" Ummi... abi..." sapa Maheera dengan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis.

" Ohh, ada apa, Maheera ?" suara abi kedengaran terkejut namun masih beriak mesra.

Maheera tersenyum lagi. Dia melangkah lalu bersimpuh di sebelah ummi yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

" Maaf ummi, abi. Heera terdengar apa yang ummi dan abi katakan tadi."beritahu Maheera lagi.

Abi yang mendengar hanya menarik nafas dalam. Dia memerhati raut wajah anaknya yang berwajah bujur sirih itu dengan penuh rasa kasih sayang.

" Apa menurut kamu, Maheera ? Petang tadi Tuk Man menyuarakan hasrat anak saudaranya untuk menyunting kamu. Tuk Man itu kenal keluarga kita dan tahu tentang kamu. Anak saudaranya meminta Tuk Man mencari calon untuk dirinya dan Tuk Man mengusulkan kamu padanya. Dia tertarik pada kamu. Jika masih ingat, kenduri di rumah Tuk Man minggu lepas, anak saudaranya ada waktu tu dan dia sudah melihat kamu. Dan kerana itu dia meminta Tuk Man panjangkan hasratnya untuk bertanyakan pada kamu jika kamu sudi untuk dilamarnya. Semua terserah pada kamu nak. Abi tidak menghalang atau tidak menyuruh. Tuk Man itu orang yang baik-baik dan abi sangat percayakan pilihannya. Jika kamu merasakan hati kamu masih belum terbuka untuk menerima sesiapa dalam hidup kamu, abi dan ummi faham dan abi tak akan marah dengan keputusan kamu." penuh berhati-hati abi menyusun ayatnya.

Khaeeja menangguk. Tidak terlintas pula di fikirannya dia diperhatikan seseorang dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience