" Hisy kau ni, handsome tu satu bonus kau tau, takkan lah kau taknak lelaki handsome kot. Kalau aku la aku nak yang handsome, yang kaya. Senang hidup aku nanti." balas aina yang sudah mula berangan-angan.
" Aku taknak yang perfect macam tu. Kau tahu, kalau aku lah aku taknak yang handsome sebab nanti ada yang jelous aku jugak yang susah. Kalau yang kaya sangat pon tak best sebab bagi aku kalau kaya sangat, peratus untuk lelaki tu menikah lebih daripada satu tu tinggi. Nak jadi suami aku kena lepasi 5 syarat je. Alhamdulillah. Abi kata Tuk Man dah bagitahu Mikaeel Hadri dan semua syarat aku tu dia lepas." beritahu Maheera bersahaja.
" What?? Kau kenakan syarat? Bajet anak raja ke apa ni?" spontan Aina terjerit kecil. Maheera ketawa.
" Ala.. syarat simple je pon. Aku tak ada la letak syarat supaya bina jambatan emas ke apa ke. Hati nyamuk macam Puteri Gunung Ledang tu. Syarat aku biasa-biasa je" Maheera bangun lalu berjalan mendekati tasik yang terbenang luas dihadapannya.
" Apa syarat kau tu?" Aina segera bertanya.
Maheera yang tadi sedang merenung tasik berpaling ke arah Aina yang sedang duduk beralaskan tikar lipat yang di bawa bersama.
" Yang pertama, dia boleh jadi Imam untuk solat. Kedua, dia boleh baca doa selepas solat. Ketiga, boleh baca Al-quran. Dan keempat pulak boleh solat jenazah dan yang kelima boleh baca doa lepas solat jenazah. Itu je aku mintak. Benda yang boleh dikatakan basic jugak la."
" Menarik jugak syarat kau tu. Nanti aku nak bagi syarat tu jugak pada Hamza. Hehe" Maheera tersenyum.
" Up to you."
Maheera memanjang raut wajah Aina yang tampak kemerah-merahan disimbah mentari petang.
Share this novel