BAB 10

Drama Completed 1472

Hari berlalu dan Maheera tidak lagi menerima mesej dari nombor asing itu. Semoga Allah membatalkan niat lelaki itu jika benar dia adalah Zayyan, abang susuannya.

Maheera baru selesai membaca Al-quran selepas menunaikan solat Isya'. Dia melipatkan telekungnya lalu di sidai disuatu sudut. Maheera mencapai tudung hitam dan bersedia untuk keluar. Dari dalam bilik dia sudah dengar suara hiruk pikuk di dapurnya. Mana tidaknya, majlis itu esok, semua sanak-saudaranya sudah mula berkumpul dirumahnya. Sedang dia membetulkan tudungnya menghadap cermin solek, Maheera terdengar bunyi sesuatu. Dia cuba mengamati bunyi itu. Tiba -tiba muncul satu lembaga dari jendela biliknya.

" Ya Allah, Zayyan apa awak buat ni?" Maheera bersuara cemas.

Wajah Zayyan yang berpeluh itu dipandangnya dengan resah. Macam mana dia boleh panjant ke biliknya yang tinggi ni.

" Awak tak sayangkan saya ke Maheera ? Saya suruh batalkan perkahwinan ni awak degil. Degil !!" perlahan namun suara itu kedengaran keras. Zayyan berjalan rapat mendekati Maheera yang ketakutan.

" Ya Alah, mengucap Zayyan. Ingat Allah. Dia dah tentukan yang jodoh kita tiada. Lagipun saya tak pernah beri awak harapan. Kita bertunang pun atas dasar keluarga. Zayyan tolonglah sayang saya sebagai adik awak. Kita ni bersaudara. Tak akan pernah lebih dari itu" Maheera menjarakkan diri.

" Tidak!! Saya tak boleh terima. Saya dah cuba Maheera. Saya tak mampu. Tolong jadi milik saya. Kita lari dari sini. Kitabina hidup baru." seperti orang gila Zayyan memegang kepalanya dan menghentakkan pada dinding papan rumah Maheera.

Maheera menggigil ketakutan.

Tersentak dia apabila Zayyan mendekatkan diri padannya. Tindakan refleks Maheera menolak Zayyan dengan kuat lalu lelaki itu tertolak ke belakang.

" Ummii... Abiii... Tolong Heera. Tolong Heera, Ummiii" pekik Maheera kuat. Maheera sudah mula menangis. Dia cuba membuka pintu bilik namun cepat sahaja Zayyan menahan. Mulut Maheera di telengkupkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience