“ Atas alasan apa sekali pun saya tidak akan pernah terima status awak sebagai adik saya. Mana boleh semua perkara ni berlaku. Mengarut!! Kita hanya tinggal sebulan sahaja untuk lansungkan perkahwinan, awak sedar tak semua tu, Maheera. Macam mana awak tergamak nak ucapkan perkara tu. Saya tak percaya dan tak akan pernah percaya” wajah Zayyan kelihatan memerah. Dia meramas-ramas rambutnya dengan wajah yang tegang. Maheera menarik nafas panjang.
“ Saya juga sedih, Zayyan tapi apakan daya kita. Hukum tetap hukum. Sama ada awak suka atau pun tidak kita terpaksa membatalkan perkahwinan kita ni. Ya saya tahu awak kecewa, saya lagi kecewa Zayyan tapi apakan daya kita. Kita bersaudara. Kita adik beradik susuan dan awak tahu apa hukumnya jika kita teruskan perkahwinan ni. Jangan menambahkan rasa sedih saya, Zayyan. Terimalah suratan yang jodoh kita tiada, saya bukanlah seorang yang tepat untuk melengkapkan hidup awak.” Ujar Maheera sebak.
Matanya sudah mula berkaca. Dia sudah bertekad untuk tidak menumpahkan lagi air matanya. Dia sudah letih menangis apabila perkhabaran itu sampai ke telinganya. Sungguh!
Dia sudah penat menangis. Dia ingin tabah di hadapan lelaki yang dahulunya bergelar tunangannya tapi kini dia harus menerima hakikat bahawa lelaki yang didambakan untuk menjadi suaminya itu adalah abang susuannya.
“ Tak mungkin!! Tak mungkin Maheera !!” pekik Zayyan dengan kuat. Dia memandang sayu pada rauh wajah Maheera yang sudah mendung.
“ Bagaimana mungkin saya mampu untuk anggap awak sebagai seorang adik, Maheera. Saya sangat menyanyangi awak dengan setulus hati saya. Selamanya perasaan ini tak akan berubah.” Suara Zayyan lemah. Hatinya terasa remuk redam bagaikan kaca yang terkempas ke lantai. Hancur berkecai!
“ Saya tahu tapi…”
“ Kita kahwin!” belum sempat Maheera menghabiskan ayatnya, Zayyan terlebih dahulu memotong. Terbuntang mata Maheera mendengar kata-kata lelaki itu.
Share this novel