BAB 5

Drama Completed 1472

" Abi, Maheera ini bukannya seorang yang memilih atau nakkan seorang yang sempurna untuk Heera. Kalau menurut ummi dan abi, pilahan Tuk Man itu yang terbaik, insyaallah Heera akan bukakan hati untuk terimanya dengan ikhlas. Mungkin ini jodoh yang Allah titipkan. kan ummi?" jawapan Maheera membuatkan ummi dan abi mengangguk serentak.

" Insyaallah, moga pilihan kali ini tepat" balas ummi dengan senyuman dibibirnya.

'' Kau serious ke dengan keputusan kau ni, Heera. Aku tak mahu kau menyesal dikemudian hari pulak. Perkahwinan bukan boleh dibuat main-main tau. Kalau sebab kau tak nak abi kau rasa segan dengan Tuk Man sebab menolak, aku tak setuju dengan kau. Kau ada hak untuk buat keputusan dengan pilihan hati kau. Come on la Heera. Kau tahu aku sayangkan kau kan. Aku nak kau bahagia dengan pendamping kau. Cuba fikir masak-masak sebelum kau putusan keputusan ni. Aku tahu kau buat semua ni kerana abi dan umi." begitu bersungguh-sunggu Aina sampaikan dahinya berkerut-kerut memandang wajah Maheera yang hanya beriak tenang. Tidak bereaksi wajahnya.

" Kenapa pulak kau cakap macam tu, Aina? Apa yang pelik kalau aku terima calon pilihan abi?" Maheera cuba bertarik tali.

" Tak pelik kau kata? Batang hidung dia pun kau tak pernah nampak tau apatah lagi nak kenal hati budi dia. Kau yakin ke orang tu nanti boleh buat kau bahagia. Kau jangan macam ni, Heera. Sekurang-kurangnya kau nak kawin dengan dia kau kena tahu latar belakang dia dulu. Ini dah nampak macam desperate sangat la pulak."

Maheera menjengilkan matanya.

" Kau kata aku desperate? adoii... takder la pulak sampai macam tu. Aku dah buat istikharah. Walaupun aku tak dapat petunjuk yang jelas tapi hati aku tenang bila umi dan abi bicarakan tentang dia tu. Nak berkawin tak semestinya perlu melalui tempoh perkenalan sampai bertahun-tahun. Walaupun bercinta 20 tahun sekalipun kita takkan mampu nak kenal sikap pasangan kita. Yang kita kenal cuma lakonannya sahaja. Aku tak kata kat kau. Aku sendiri pon, of course depan orang yang aku kasih aku nak tunjukkan yang aku ni perfect tapi sebenarnya aku tidak. Aku dah penat untuk terus berpura-pura Aina. Aku letih semua tu. Salahkah aku kalau aku cuma berharap pilihan orang tua aku ini adalah yang terbaik untuk aku. Kalau aku tak bahagia, takkan aku nak salahkan mereka. This's my life. Kita tak tahu takdir hidup kita bukan. Aku tak tahu perjalanan hidup aku. Dulu aku pernah merancang dengan Zayyan tapi Allah tak sampaikan perancangan aku tapi aku redha dan sekarang aku serahkan semua perancangan hidupku ini padaNya. Bukan bermaksud untuk berputus asa tapi aku sedang berusaha untuk terima ketentuanNya. Kau kawan aku, Aina. Aku harap sangat kau sentiasa ada untuk beri aku moral support " kata-kata Maheera lembut namun tersimpul banyak makna membuatkan Aina diam seketika.

Aina lalu memeluk Maheera. Erat sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience