BAB 8

Drama Completed 1472

" Kau tahu Aina, aku selalu berdoa agar dikurniakan pada aku insan yang benar-benar ikhlas pada aku. Aku amat berharap dapat menyermpurnakan iman aku dengan seseorang yang hatinya bertaut padaNya. Tapi seringkali aku rasa takut. Rasa yang aku meminta-minta sedangkan aku sendiri pon banyak melakukan dosa. Selalu lalai dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada aku sampaikan kadangkala aku rasakan aku tak layak untuk dapat pendamping yang soleh. Aku takut Aina. Umi dan abi didik aku selama ini dan sampai suatu masa taat aku pada umi dan abi akan beralih pada seorang suami. Aku takut aku tak mampu nak mengalasnya. Amanah seorang isteri itu besar. Aku takut jika aku tak mampu nak pikulnya." perlahan kata-kata itu dan kedengaran tertahan-tahan seperti Maheera menahan sebak di dalam hatinya.

" Heera, jangan berfikiran negatif la. Dah sampai jodoh kau. Terimalah yang jodoh kau ada didunia ini sedangkan aku, belum pasti lagi. Semua orang diciptakan Allah dengan jodohnya masing-masing namun tak semua yang akan bertemu jodohnya di dunia ini. Jika Allah beri kau peluang untuk merasai nikmat bertemu jodohmu didunia ini. Jangan kau sia-siakan. Belajar dan terus belajar daripada kesilapan, Heera. Tiada yang sempurna di dunia ini baik kau, aku. Semua lakukan kesilapan. Allah maha pengasih lagi maha penyanyang, selagi kita bertaubat padanya selagi itu kita tidak jauh daripada rahmat Allah. Allah akan terima taubat hambaNya yang ikhlas melaikan nyawa yang sudah pada halkum. Kau tahu itu kan?" Aina tenang membalas.

Maheera menarik nafas lagi. Pandangannya terhala pada tasik yang terbentang luas.

' Ya Allah, jangan biarkan aku hilang rahmat dariMu. Redhailah aku dan redhailah bakal suamiku. Redhakan kami dalam naungan kasih dan sayangMu. Ameen Ya Rabb' Detik demi detik, waktu terus berputar. Makin hari makin dekat tarikh berlangsungnya tarikh walimarulurus itu. Maheera dalam diam mula berasa gelisah. Gelisah bakal pengantin agaknya. Insyaallah jika diizinkan Allah majlisnya akan berlansung di Masjid Salahuddin. Simple sahaja semoga itu lebih berkat.

Tit tit. Tetiba telefon berdecit di tepi Maheera yang sedang membaca novel " Aku ada Wali " Bukunya menarik. Kagum sungguh dia dengan garapan Ustazah Fatimah Syarha yang bersaja namun mengandungi banyak makna disebalik ayat-ayatnya. Maheera menutup bukunya. Dia mencapai telefon yang telah berhenti berdecit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience