Zayyan terduduk lemah.
Sudah hampir 2 bulan peristiwa itu berlalu namun seakan-akan baru semalam dia melihat wajah Zayyan yang menangis di hadapannya. Kalau diturutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia memyembunyikan status mereka dan meneruskan perkahwinan itu tapi Maheera sedar, dia punya agama.
Walaupun dia harus menukar ganti dengan nyawanya sekalipun, dia tidak akan membelakangkan urusan agama. Alhamdulillah, ummi dan abi mendidiknya dengan ilmu agama yang cukup.
Dia tahu halal dan haram. Untuk apa dia memilih belati tajam sedangkan dia dihampar dengan kuntuman mawar segar. Maheera percaya pada takdir Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.
Maheera menutup Al-Quran di tangannya lalu dia bangun dan meletakkan kitab suci itu di atas rak di atas meja belajarnya. Maheera lalu membuka telekung sembahyangnya lalu disidai di atas rak di tepi katil.
Dia mengambil pengikat rambut lalu diikatkan rambutnya yang panjang mengurai. Kemudian Maheera melangkah keluar. Terjenguk-jenguk dia mencari sesiapa yang berada diruang tamu apabila telinganya menangkap bunyi suara yang sedang bercakap dengan nada suara yang mendatar.
Dia mendekat. Terlihat kelibat abi yang sedang menuturkan sesuatu pada ummi. Wajahnya kelihatannya membiacara hal yang serius. Maheera diam di sebalik dinding.
" Abi serba -salah pulak nak bagitahun Maheera, ummi. Baru sebulan tarikh daripada perkahwinannya yang kita terpaksa batalkan tu, abi takut Maheera masih tak boleh lupakan peristiwa tu. Tapi abi jugak segan dengan Tuk Man, dia tu murabbi abi. Ummi rasa apa yang patut abi buat?" jelas di wajah tua itu menanti jawapan isterinya. Ternyata ummi hanya mengukirkan senyuman. Wajahnya lansung tidak sebimbang abi.
"Abi, jodoh itu rahsia ALLAH. Ummi yakin Maheera sudah menerima hakikat itu. Ummi yakin dengan Maheera. Jika abi merasakan yang Tuk Man itu orang yang baik-baik dan menginginkan orang yang baik-baik untuk anakk kita, ummi tidak menghalang abi untuk tanyakan pada Maheera. Keputusan ada padanya. Kita bukannya ibu bapa yang kejam untuk memaksanya bernikah atas pilihan kita. Ummi juga perempuan dan ummi faham perasaan itu. Jika abi rasa piliahan Tuk Man itu terbaik, beritahulah Maheera. Biarkan dia yang memilih siapa yang tepat untuk menjadi pendampingnya " perlahan bicara ummi namun cukup untuk menggetarkan hati Maheera yang setia berdiri di balik dinding. Terasa matanya panas. Seperti ada air hangat yang bertakung di kolam matanya.
Share this novel