BAB 1

Romance Completed 537

DISEMBER 2012

THAT’S ENOUGH! I’m done! Aku dah tak betah nak pujuk zikirkan kau kata-kata cinta dan sayang dan nak pujuk kau. Pedulikan sajalah kau nak nangis atau melalak sana. Tadi beria sangat nak jenguk isteri Cikgu Mokhtar beranak. Sekarang sedih pulak. Aku awal-awal dah bagi amaran, kalau rasa diri tu tak kuat sangat, baik jangan pergi. Nak pergi juga. Memang degil! Dari tadi berkurung dalam bilik sejak dia balik dari hospital. Risau juga aku tapi aku malas nak pujuk lagi. Sendiri cari penyakit.

Seingat aku, ini kali kedua Ratna menangis bagai nak rak macam itu sejak menjadi isteri aku. Pertama kali dulu semasa hari akad nikah kami. Hari ulangtahun kelahirannya yang dipilih sebagai hari bersejarah itu hanya membuatkan dia lebih sedih. Seluruh keluarga tidak tahu mengapa air matanya gugur hari itu. Hanya aku! Hanya aku yang tahu.

“Encik Fahmi.”

Kuss semangat. Terkejut aku. Aku toleh ke balakang. Dia berdiri di pintu bilikku. Sumpah! Aku tak mampu nak menatap wajah dia sekarang. Nampak sedih sangat.

“Ya, ada apa?”

Aku jawab sambil menghulur sedikit senyuman. Aku mahu dia selesa bercakap dengan aku.

“Encik Fahmi lepaskanlah saya. Semua ini salah saya. Saya tak patut buat Encik Fahmi macam ini.”

Dia berbicara tenang. Apa yang dia merepek ni…

“Mengapa awak cakap macam tu? Apa sebenarnya awak nak beritahu pada saya?”

Aku duduk di birai katil dan tepuk tilam di sebelah kananku. Beri isyarat supaya dia duduk di situ. Perlahan-lahan dia melangkah lalu melabuhkan punggung.

“Tak munasabah! Perkahwinan kita ini memang tak munasabah sejak dari hari pertama lagi.. Sepatutnya dari awal lagi saya tak libatkan Encik Fahmi dalam masalah saya. Saya minta maaf. Encik Fahmi, lepaskanlah saya.”

Kali ini suara Srikandi menunjukkan yang dia yakin dengan apa yang dia katakan. Tiada air mata dan sedu-sedan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience