BAB 12

Romance Completed 538

Di rumah ini aku tambah serabut. Mak tanya macam-macam. Aku tak beritahu pasal kami nak bercerai. Dia fikir kami bergaduh saja. Srikandi, rindukah kau padaku? Baru tiga hari aku di sini tapi rasa macam dah tiga tahun. Aku teringat kata-kata Srikandi pada Cikgu Mokhtar yang diceritakan cikgu kacak itu pada aku dulu. Srikandi tanya macam itu bila Cikgu Mokhtar tolak cinta dia dan suruh dia tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Cikgu Mokhtar cakap itu hanya mainan perasaan. Cinta sementara.

“ALLAH tak beri cinta pada gadis berumur 17 tahun kah? Kenapa cinta kami dianggap cinta monyet? Kenapa kami tidak boleh bercinta? Tiada hak untuk bahagiakah gadis di bawah umur 18 tahun?”

Kerana persoalan itulah Cikgu Mokhtar terima Ratna. Dia tidak mahu Srikandi terlalu menurut kata hati. Sebenarnya dia cuma ingin selamatkan pelajaran Srikandi kerana dia merupakan pelajar harapan sekolah. Rupa-rupanya perhatian Cikgu Mokhtar disalahertikan oleh Srikandi. Kesian Srikandi!

“Fahmi!”

Aku dengar suara mak melaung dari luar. Aku keluar dari bilik dan mendapatkan mak.

“Ada surat untuk kamu.”

Aku seperti berlari kembali ke bilik setelah surat itu berpindah tangan. Aku tak sabar nak baca sebab alamat pengirim itu merupakan alamat Mahligai Impian yang aku tinggalkan selama tiga hari lepas.

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku
Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Assalamualaikum…encik Fahmi

Maaf, sekali lagi saya berbicara melalui surat. Saya tak pandai nak cakap pasal perasaan depan-depan. Encik Fahmi tak tahu kah? Atau buat tak tahu….geram saya!saya ingat Encik Fahmi sayang saya, cinta saya…tapi Encik Fahmi tinggalkan saya jugak! Apalah Encik Fahmi ni…

Maaf, saya terlambat menyedari saya cintakan Encik Fahmi. Tapi Encik Fahmi tahu kan saya suka Encik Fahmi. Kenapa Encik Fahmi buat-buat tak tahu jugak. Encik Fahmi memang sengaja, kan!

Encik Fahmi, kalau sudi terimalah kembali isteri Encik Fahmi ni. Memang isteri encik Fahmi ni degil sikit, tapi dia baik, kan?

Saya malulah nak tulis panjang-panjang. Nanti Encik Fahmi gelakkan saya. Encik Fahmi jahat. Selalu gelakkan saya, kan? Baliklah. Saya tak ada teman berbual. Saya tak pandai nak bercakap sorang-sorang. Gila saya kalau macam ni.

ps: saya mahu cium bau syurga dan masuk syurga.encik Fahmi mahu tolong saya, kan?

Ratna mu…

Macam budak-budak! Tulis surat pun siap lagu tema lagi. Abang sayang awak, Srikandi. Lepas ni janganlah panggil Encik Fahmi lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience