BAB 9

Romance Completed 537

Hari yang sama 10.00 malam

-Salam…saya minta maaf sbb keluar rmh tanpa izin en.Fahmi.

Aku baca mesej itu dengan rasa tidak percaya. Aku ulang baca sekali lagi. Sah! Mesej dari Srikandi ku! Aku tidak membalas sms itu sebaliknya terus mencari nama Srikandi dalam list kenalan dan tekan butang hijau.

Tidak perlu menunggu lama, panggilan aku terus dijawab.

“Srikandi ada di mana?”

Aku bertanya setelah dia menjawab salamku.

“Jangan risau. Srikandi ada di rumah Kak Jai.”

Suara Srikandi terdengar sayu. Ohh..rumah Kak Jai. Kenapa aku tak terfikir dia ada bersama Kak Jai. Bukankah sepanjang tempoh dia berpraktikal dulu memang dia menumpang di rumah teman sekerja aku itu.

“Dia tak hairan kenapa Srikandi tinggal kat rumah dia?”

Erkk…macam mana kalau Kak Jai tahu?

“Dia dah tahu semua pasal kita. Pasal pertunangan Encik Fahmi yang dah putus pun dia tahu. Dia dah ceritakan pada Srikandi. Srikandi minta maaf.”

Alhamdulillah. Sekarang selesai satu masalah.

“Dah tu, bila Srikandi nak balik?”

“InsyaAllah pagi esok Srikandi balik. Srikandi minta maaf banyak-banyak, ya Encik Fahmi.”

Akhirnya, Srikandi akan kembali kepada aku.

‘Srikandi, saya berjanji akan bina semula rumah tangga kita. Saya akan bahagiakan Srikandi! Saya tak akan membiarkan air mata Srikandi mengalir kerana saya lagi!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience