BAB 6

Romance Completed 537

Dari sisi dia aku masih dapat mengesan senyuman Mokhtar. Aku rasa hanya perempuan gila saja yang tak nak kat lelaki ini. Aku yang dah cukup pakej mengorat ini pun rasa tergugat. Sekali lagi aku tegaskan, aku bukan gay dan aku masih tertarik pada wanita. Jangan salah faham. Lagipun apa salahnya aku puji kaum aku sendiri, kan?

“Saya ni saudara, lebih dulu kenal Srikandi. Saya tahu sangat perangai dia. Jadi jangan nak bohong saya. Saya tak kisah lah siapa pun yang dia nak berkawan. Apa yang jadi masalah pada saya sekarang ini, saya tahu Srikandi hanya nak show off awak pada saya. Jadi tolong beritahu Srikandi, lupakan hasrat dia nak buat saya cemburu. Sekarang ini saya cuma mahu dia hidup bahagia. Anggap antara kami tiada jodoh!”

Tegas Cikgu Mokhtar. Wah, bukan main sombong dan berlagak! Dia ingat dia itu handsome sangat?

“Cikgu Mokhtar!”

Waduh! Srikandi dengar ke? Bila masa pula dia ada di situ?

“Siapa kata kami berlakon?”

Srikandi mendekati aku dan Cikgu Mokhtar. Dia tersenyum manis membalas renungan aku.

Cikgu Mokhtar memandang aku sekilas kemudian menoleh Srikandi pula.

“Srikandi…”

“Pertengahan tahun depan kami kahwin. Masa birthday saya. Nanti saya bagi kad jemputan. Jangan lupa datang pula.”

Srikandi cepat-cepat memintas bicara Cikgu Mokhtar.

Cikgu Mokhtar berlalu dan aku masih bingung. Tiba-tiba aku dengar esakan kecil. Ratna menangis! Dalam hati aku berikrar, aku akan bahagiakan Srikandi. Dialah Srikandi cintaku. Aku tidak tahu bila aku mula jatuh cinta, tapi aku sangat yakin hati aku kini ada pada Srikandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience