BAB 3

Romance Completed 537

“Jadi, Srikandi bukan menangis sebab tengok anak Cikgu Mokhtar?”

Aku bertanya sungguh-sungguh kerana dari tadi mati-mati aku ingat dia sentap tengok bayi perempuan Cikgu Mokhtar.

“Pasal itu pun ya jugak. Tapi saya lebih sedih bila dapat tahu Encik Fahmi dah bertunang sebelum kahwin dengan saya. Kenapa Encik Fahmi setuju juga kahwin dengan saya? Encik Fahmi sedar tak Encik Fahmi dah lukakan hati tunang Encik Fahmi!”

Dan Srikandi tidak lagi bertahan dengan esakan kecil. Tangisannya kini bagai mencarik hatiku. Wah, mencarik! Agaknya suasana suram macam ini buat otak aku tiba-tiba pandai bermadah pulak.

“Lupakan pasal tu, Srikandi. Srikandi tak terfikir ke, bila saya terima Srikandi dalam hidup saya, bermakna saya cintakan Srikandi. Dahlah, jangan nangis lagi. Sakit hati saya tengok air mata Srikandi.”

“Saya bersalah pada Encik Fahmi! Saya bersalah pada tunang Encik Fahmi! Saya nak Encik Fahmi lepaskan saya!”

Srikandi meluru keluar dari bilik aku.

Bunyi bunga api dilepaskan menyedarkan aku bahawa hari baru sudah menjelma. Sudah tengah malam. Aku masih belum dapat lelap. Kisah setahun lalu terbayang lagi. Masih jelas macam menonton tv. Ratna …aku sebenarnya dah lama jatuh hati pada pemilik nama itu. Tapi macam yang Srikandi kata tadi, aku dah bertunang. Bila Srikandi tamatkan praktikalnya, aku sedaya upaya cuba melupakan dia. Walaupun kami sering berbalas sms, aku selalu bataskan perbualan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience