BAB 11

Romance Completed 537

Aku balik ke rumah dengan perasaan tenang. Cikgu Mokhtar dah ceritakan semuanya. Sekarang, giliran aku pula yang harus memainkan peranan untuk membuat Ratna jatuh hati pada aku. Langkah pertama, aku belikan novel cinta kepadanya. Gemersik Kalbu. Aku tahu jalan cerita dalam novel itu agak sama dengan jalan hidup kami. Semoga dia terbuka hati. Tapi setelah aku pulun sampai langkah kesepuluh, masih tiada respon positif.

Memanglah sekarang dia dah layan aku bercakap. Dia dah pandai bergurau tapi target aku nak buat dia jatuh cinta. Buat apa dia kenang-kenang lagi cinta tak kesampaian dia tu? Dia juga yang ajak aku kahwin. Kalau tak bersedia nak membuka hati untuk insan lain, buat apa korbankan masa depan?

Malam itu, lepas makan aku duduk sebelah dia masa menonton tv. Aku sengaja duduk dekat-dekat. Dia mengelak. Aku pegang jarinya lepas itu aku bawa ke bibir. Aku kucup lembut.

“Encik Fahmi buat apa ni?”

“Saya buat apa yang patut saya buat selama ini. Awak isteri saya. Apa salah saya buat macam tu?”

Aku tinggikan suara. Aku dah tak terdaya nak layan degil dia lagi.

“Saya dah minta Encik Fahmi lepaskan saya. Encik Fahmi yang tak mahu! Saya tak cintakan Encik Fahmi. Saya tahu saya salah sebab dah jebakkan Encik Fahmi tapi saya rasa kita belum terlambat nak betulkan kesilapan kita.”

Sendu suara Srikandi tidak membuatkan aku simpati. Aku malah benci dengan keyakinannya untuk hidup tanpa aku. Dia tak sedar ke dia sebenarnya dah mula sayangkan aku?

“Awak patut bangun dari mimpi awak. Srikandi! Selama ini Cikgu Mokhtar tak pernah cintakan awak pun. Awak syok sendiri! Awak tak malu ke kejar lelaki yang tak cintakan awak?”

Hah, biar dia rasa!

“Encik Fahmi peduli apa! Ceraikan saya, Encik Fahmi!”

Dia dah mula menjerit.

Aku tak kisah. Aku dah puas pakai cara lembut, biar aku berkasar pula.

“Awak jangan nak jerit-jerit kat saya. Saya suami awak walaupun awak tak rasa macam tu. Rugi aje awak sembahyang, pakai tudung, kalau awak derhaka pada suami, awak tetap tak cium bau syurga!”

Aku renung Srikandi tajam-tajam. Biar dia takut.

“Saya takkan ceraikan awak. Kalau awak tak suka saya, saya tak kisah. Saya takkan bebaskan awak. Biar kita sama-sama menderita dalam lakonan yang awak cipta sendiri.”

Aku tinggalkan dia di ruang tamu.

Belum sempat aku membuka pintu bilik tidur aku, pinggangku terasa dirangkul dari belakang. Ratna..bagaimana harus aku nafikan rasa cinta ini andai engkau tunjukkan kau juga ada rasa yang sama?

“Maafkan saya Encik Fahmi. Saya buat macam ni sebab saya mahu Encik Fahmi cari kebahagiaan Encik Fahmi. Saya tak mahu terus mengikat Encik Fahmi dalam perkahwinan yang tak ada erti ini.”

Srikandi sudah teresak-esak. Aku sentuh bahunya dan mengangkat dagu cantik itu. Aku paksa dia pandang mata aku.

“Kalau itu yang Srikandi mahu, saya akan uruskan. Buat sementara waktu ini, Srikandi duduklah di sini dulu. Biar saya ke rumah mak dan abah saya. Bila dah selesai semuanya nanti, saya akan hubungi Srikandi.”

Kukucup dahi Srikandi. Pertama kali dan mungkin untuk terakhir kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience