BAB 4

Romance Completed 537

17 Disember 2010

Ratna menghulur sekeping kad padaku. Kad kahwin bertema retro itu sangat cantik! Memang kreatif orang yang mereka kad itu. Tapi mengapa kad itu dihulur pada aku? Aku berdebar-debar. Kekasih gelapku ini nak kahwin ke? Aku cepat-cepat buka kad jemputan walimatulurus itu untuk melihat nama mempelai. Alhamdulillah, nasib baik bukan Srikandi yang kahwin. Aku mencari pula nama yang diundang. Hanya ada nama Ratna binti Muslimin. ‘Apa kaitan kad ini dengan aku?’

“Itu kad jemputan Cikgu Mokhtar. Boyfriend saya.”

Dia tegelak kecil.

“I mean, ex-boyfriend.”

Aku tenung Srikandi dengan kening terangkat. Nasib baik nasi yang aku suap tadi dah habis aku telan. Kalau tak, tersembul ke muka Srikandi agaknya nasi tu. Aku terkejut tapi masih blur lagi. Aku garu kepala yang tak gatal. Dulu aku sangat hairan bila orang garu-garu kepala sambil buat muka pelik. Sampai sekarang aku tak tahu sebab orang garu kepala bila blur. Dan memang aku malas nak kaji.

‘Hello…’

Aku panggil-pangil balik minda aku yang dah merayap. Cik Minda aku ini memang macam itu. Bila dibiar sekejap pun dah boleh merayap jauh.

“Encik Fahmi!”

Srikandi membeliakkan matanya, geram kot. Tapi aku senyum-senyum lagi menatap wajahnya yang jelas menahan marah. Cute!

“Mengelamun pula dia. Ni saya nak minta tolong Encik Fahmi lah.”

“Tolong apa?”

Aku sengih-sengih lagi. Orang perempuan memang suka buat lelaki tertanya-tanya. Nak cakap, cakap saja lah. Macam bas berhenti-henti pula. Pakai bas ekspress kan senang.

“Saya nak Encik Fahmi datang bersama saya ke majlis tu nanti. Saya nak Encik Fahmi menyamar jadi kekasih saya. Boleh, kan? Saya nak tunjukkan kat dia yang saya boleh bahagia walaupun dia tinggalkan saya macam itu saja.”

Suara Srikandi tenang sekali. Dia boleh cakap macam itu tanpa rasa sedih sikit pun. Aku kagum dengan gadis ini. Ternyata perangai gila-gila dia mampu menutup kecewa di hatinya.

Aku mengangguk setuju. Lepas itu Srikandi ceritakan strategi yang dia dah rancangkan. Aku cuma perlu bawa watak aku dengan sebaik mungkin pada hari tersebut. Senang saja! Aku kan memang syok kat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience