BAB 13

Romance Completed 537

2 Januari 2013

Ratna selamat melahirkan bayi lelaki yang comel. Kami target nak anak kami lahir malam tahun baru tapi baby ni degil macam maknya juga. Dah puas pujuk baru nak keluar. Hehehe..

Aku keluar beli makanan di kantin hospital. Oleh sebab anak kami sihat, petang ini dah boleh keluar.

“Cikgu!”

Aku dengar suara Srikandi. Walaupun sedikit terjerit tapi bunyi jeritan itu sangat mesra. Mukanya masam tapi kemudian tersenyum. Mesti Cikgu Mokhtar usik dia tadi.

“Fahmi Bahrin.”

Cikgu Mokhtar menegurku. Tiada dendam lantas tangannya kujabat erat. Aku tersenyum lalu mengangguk sedikit ke arah isteri Cikgu Mokhtar.

“Encik Fahmi beli apa tadi?”

Srikandi bertanya manja setelah bungkusan makanan aku letakkan di atas meja sebelah katil.

Tiba-tiba Cikgu Mokhtar ketawa. Kami semua yang ada di situ terpinga-pinga.

“Dah kahwin pun masih panggil Encik Fahmi lagi. Nasib baik saya tak kahwin dengan Srikandi. Agaknya lepas kahwin pun dia panggil saya Cikgu Mokhtar.”

Srikandi mencebik geram. Hendak ku apakan lagi? Memang Srikandi panggil aku Encik Fahmi.bukan abang, sayang dan sebagainya. Dia kata panggilan itu istimewa sebab hanya aku yang dia panggil dengan nama itu. Apa-apa ajelah…

Ternyata cinta selepas kahwin memang indah. Aku takkan lepaskan lagi insan seistimewa Ratna, Srikandi ku, cinta akhir nyawaku…..

Fahmi Bahrin :

sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

Ratna :

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience