BAB 2

Romance Completed 537

Lama aku terdiam. Aku teringat kunjungan Srikandi ke hospital petang tadi. Aku tahu Srikandi sedih. Aku tahu Srikandi cemburu.

‘Srikandi, izinkan saya ubati luka Srikandi itu.’

“Srikandi, perkahwinan ini tak mengarut. Malah bukan satu kesilapan. Saya akan pastikan Srikandi bahagia bersama saya. Saya akan berikan cinta saya sampai Srikandi lupa pada cinta Cikgu Mokhtar.”

Aku sentuh sedikit tangan Srikandi. Srikandi menggeleng.

“Encik Fahmi, saya benar-benar rasa bersalah. Saya baru tahu sebelum ini Encik Fahmi dah bertunang. Kalau saya tahu saya takkan cadangkan kerja gila ini!”

Gulp! Dia tahu aku dah bertunang. Macam mana dia tahu?

“Bila Srikandi tahu dan macam mana boleh tahu ni?”

“Izzaty bagi sms pada saya masa saya balik dari hospital. Kenapa Encik Fahmi tak cakap awal-awal? Saya malu pada Encik Fahmi. Saya rasa saya ini kejam sangat.”

Air mata mengalir deras dari mata cantik itu. Aduh, aku tak sanggup! Aku letakkan tanganku di bahu Srikandi. Dia cepat-cepat mengelak.

Aku mengeluh. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan pada Srikandi. Aku renung wajahnya. Dia masih sama seperti saat kami berkenalan dua tahun lalu. Ketika itu dia sedang menjalani latihan praktikal di syarikat tempat aku bekerja. Dia seorang gadis yang ramah dan boleh dikatakan mulut murai. Walaupun tempoh dia praktikal telah tamat, kami masih berhubung. Dia menceriakan hari-hariku dengan gurauan dan loyar buruknya. Ya, dia sangat bebakat dalam bidang loyar buruk. Aku ingat selama ini lelaki saja yang pandai loyar buruk. Pendek kata aku terhibur dengannya.

“Hai, saya Ratna Srikandi. Boleh panggil saya Srikandi.”

Dan senyuman itu terus aku simpan di suatu tempat istimewa. Srikandi, saya akan kembalikan senyuman indah Srikandi …..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience