BAB 24

Other Series 10115

Zaril masih terkenangkan wajah mulus Carissa yang baru dijumpainya.
Semakin Zaril mengenangkan Carissa semakin tinggi hawa nafsunya untuk mendapatkan Jandanya semula.
"Hubby akan pastikan Dhia pulang semula kepangkuan Hubby."
"Semakin Dhia menjauh dengan Hubby semakin dekat Hubby kepada Dhia. Zaril mengulum senyum nakalnya.
Qasieh masuk kekamarnya untuk melihat suaminya.
"Sayang ok ke ni?"
"Ok." Zaril bangun dan meninggalkan Qasieh terpinga pinga dibelakangnya.
"Kenapa dengan Sayang ni?"
"Kenapa apa."
"Kenapa Sayang menjauh dari Honey."
"Hmm Alasan nak bergaduh depan Papa."

Dato Tarmizi mendengar Anak kesayangannya bertengkar dengan menantunya. Dia keluar dari biliknya dan menapak menuju Zaril dan Qasieh.
"Kenapa lagi ni Qasieh."
"Abang Zaril menjauhkan diri dari Qasieh Papa."
"Zaril!"
"Pa, Zaril dah cakap dulu sebelum perkahwinan Zaril dan anak Papa Qasieh. Zaril tak dapat melupakan Dhia."
"Zaril!!" Marah Dato Tarmizi.y
"Zaril dah cakap jangan terlalu mengharap untuk Zaril mencintai Qasieh. Dihati Zaril hanya ada Dhia Carissa."
"Kau jangan cabar aku Zaril!!" Teriak Qasieh.
"Maaf Qasieh Aku tak dapat lupakan Kakak tiri kau."
"Aku bunuh Dhia."
"Kau bunuh Dhia kau berdepan dengan aku.Kau ingat itu." Zaril menunjuk muka Qasieh.
"Aku akan pastikan Dhia takkan lama hidup melihat dunia ni." Dato Tarmizi berkata pada Zaril.

"Kita lihat Pa, Apakah Papa dan Qasieh dapat menyentuh Dhia Carissa."
"Kau cakap apa ni?"
"Papa tak kenal anak Papa seorang tu. Siapa keturunan Mamynya. Papa tak tahu kan."
"Hmmm Kita tengok apa yang Papa Boleh buat pada Dhia Carissa."
Zaril meninggalkan Rumah Dato Tarmizi dan pulang ke Condo nya.

Shawn dan Carissa sampai diVilla tepat jam 10 malam. Sejak dia tahu dia berbadan dua, Carissa lebih suka tidur dari melakukan aktiviti luar.
Shawn membuka kunci pintu utama Villa dan menyuruh Adam dan Medina masuk kedalam.
"Am dan Dina masuk kedalam."
"Baik Pa."
Shawn kembali ke kereta dan mengangkat tubuh isterinya.
"Am tutup pintu utama, jangan lupa kunci tau."
"Baik Pa."
Selepas menutup pintu utama Adam dan Medina naik kebilik masing masing.
Shaw meletakkan Carissa perlahan diatas katil. Dia membuka tudung isterinya.
"Hmmm."
"Shhh."
"Hmm sedapnya nak sikit." Carissa bercakap dalam tidur.
"Sayang nak apa ni?"
"Nak Aiskrim tu. Please."
"Esok Abang bawak makan Aiskrim ek."
Carissa lena semula. Shawn mengucup pipi dan bibir Carissa.
"Love U Sayang."

Shawn meninggalkan Carissa dalam senyum dan membersihkan diri dan solat Isya bersama Adam Dan Medina di ruang tamu Villanya.
Adam dan Medina menyalam dan mengucup lembut tangannya.
"Pa Ibu tak Solat?"
"Ibu penat. Papa tak sampai hati kejut Ibu."
"Am dan Dina nak makan apa ni?"
"Papa Masak."
"Tak pe Pa. Kami makan Honey Star je."
"La kenyang ke?"
"Kesian Papa nak masakkan kami."
"Takpe."
"Papa masakkan nasi goreng nak."
"Nak." Serentak anak tirinya menjawab.
Shawn kedapur dan mula memasak nasi. Dia mengeluarkan bahan bahan memasak. Tanpa sedar Carissa melihat gelagat suaminya dalam senyum.
"Husband buat apa tu?" Carissa mendekat ke belakang Shawn dan merangkul erat leher suaminya.
"Nak masak nasi goreng." Shawn mengucup pipi isterinya.
"Dah sini biar Dhia masak."
"Betulke?"
"Hmm." Carissa melepaskan rangkulan tangannya dileher Shawn.
"Thank You sayang."
"Dah solat?"
"Dah."
Carissa sibuk menyediakan juadah makan malam untuk suami dan anak anaknya.
Carissa menghidangkan makanan kesukaan anak dan suaminya, Daging masak hitam, Ayam masak merah dan Sayur baby kailan Tumis.
"Jom makan."
Suami dan anaknya duduk dimeja makan.
"Wow sedapnya makanan kat atas meja ni Ibu."
"Erm kalau sedap Dina dan Am mesti makan banyak tau."
"Ok Ibu."
Carissa menyedukkan nasi kepinggan suaminya dan anak anaknya.
"Sayang tak makan?"
"Takde selera husband."
"Makan lah Sikit. Abang suap."
Carissa bangun dan mengambil Mug yang berisi Coklat panas.
"Kurangkan minum coklat tu Sayang."
"Alaa dah ni favourite Dhia."
"Nah." Shawn menghulurkan suapan kemulut isterinya.
Carissa membuka mulutnya dan makan bersama.
"Sedap Ibu masak. Rindunya makan masakan Ibu."
"Papa sedapkan."
"Ermm Sedap sangat."

Mereka makan bersama dalam suasana indah. Nampak kebahagiaan yang mereka rasakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience