Esok hari bersejarah bagi Shawn. Keluarg besar Shawn telah sampai dari negara Metropolitan.
"Shawn betul ke pilihan Shawn ni?"
"Shawn tak pernah jatuh cinta mungkin ini yang dinamakan cinta kan Sis."
"Sis harap pilihan Shawn adalah yang terbaik untuk masa depan Shawn."
"Sis nak Jumpa Bakal isteri Shawn boleh?"
Shawn sah bertukar Agama Kristian ke Agama Islam. Nama Islam yang dipilih sendiri Oleh Carissa HaiQal Hakimi Bin Abdullah.
Shawn menghubungi Sebastian untuk memberitahu Kakak nya Selina ingin bertemu Dhia Carissa. Sebastian menyetujui untuk bertemu di Santai DManikar pada sebelah petang.
"Dhia dah siap?" Kata Sebastian.
"Dah."
"Dapat ke keluarga Shawn terima Dhia."
"InsyaAllah. kita serahkan pada yang Satu."
"Ermm."
Sebastian menaiki Kereta BMW bersama Sabrina dan dua anak buahnya.
Carissa menaiki kereta Honda City milik Sebastian sementara keretanya berada dibengkel untuk menggantikan cerminnya yang pecah.
Sampai sahaja disana, Carissa melihat Keluarga Shaw sudah berada disana bersama Sebastian.
"Aku mesti berani."
Tak perasan dengan kehadiran Carissa, Boy dan Atik berjalan menuju ke arah Carissa yang baru keluar dari kereta.
"Kak Rissa!"
Semua mata terpandang sesosok tubuh tinggi lampai seperti seorang modal. Heels yang dipakai menunjukkan lagi wanita didepan adalah seorang yang bersikap angkuh.
"Haiii Adik kaka."
"Lama kaka nda datang."
"Kaka baru ada disini."
"Sorry lah kak. Kami pun tau setahun yang lepas."
"Nda apa jangan tah diungkit lagi."
"Kaka buat apa Disini?"
"Kaka mau jumpa orang."
"Bah kami kan ke Sana dulu menurunkan perahu larai."
"Bah hati hati kerja tu."
"Dhia.." Shawn menghampirinya.
Shawn terpesona melihat kebaya yang dikenakan ditubuh Carissa.
"Cantik."
"Terima kasih."
"Jom Sis dah tunggu."
"Ok."
Carissa berjalan beriringan menuju kearah keluarga Besar Shaw.
Zaril melihat penampilan jandanya yang semakin berani. Tak seperti dahulu. Carissa yang dilihatnya sekarang berubah seluruh.
"Dhia."
Zaril memerhatikan kumoulan besar yang berada didepannya sekarang.
"Tak mungkin Dhia nak Kahwin."
Zaril merasa cemburu kerana Lelaki yang berdiri disebelah Jandanya tak kurang rupanya. Kacukan Korea belanda.
"Kenapa Dhia tinggalkan Hubby."
"Hubby akan pastikan rumah tangga yang Dhia bina lepas ni takkan kekal."
Zaril menggenggam penumbuknya.
"Dhia, Betul ke Dhia nak berkahwin dengan Shawn."
"Sis Jodoh pertemuan bukan Dhia yang tentukan, Kalau betul Shawn Jodoh Dhia, Dhia terima."
"Sis harap Dhia dapat beri kasih sayang pada Shawn."
"InsyaAllah Dhia akan penuhi permintaan Sis."
"Sekarang Dhia tak boleh panggil Shawn dah. Dhia mesti panggil Shawn dengan gelaran Husband." Sebastian tahu mengenakan Sepupunya itu.
Carissa menunduk pipinya merona merah.
"Darl cukup lah sakat Dhia tu."
"Maaf ganggu." Semua mata terpana pada Boy.
"Kak Rissa, Tolong kami sekejap."
"Sorry sekejap ya." Carissa berdiri membuntuti Boy.
"Kak, Kami mau minta tolong untuk menghias pentas ni. Boleh?"
"Tapi untuk apa."
"Ada Cust mau sambut Anniversary disini."
"Ooo Boleh bah."
Carissa membantu Boy dan kawan kawannya menghias Mini pentas. dengan taburan bunga Rose, Pentas mini yang kosong bertukar menjadi indah seperti sebuah pelaminan di kayangan.
"Dah siap."
"Ok kak. Terima Kasih."
"Mantap."
Carissa turun tangga perlahan. Shawn menghulurkan tangan untuk membantu Carissa.
"Thanks." Carissa menyambut huluran tangan Shawn.
"Sejuk nya tangan Dhia."
"Syhhh." Carissa tersipu malu.
Share this novel