BAB 28

Romance Series 10505

"Aku melihat tengan mata kepalaku sendiri, Dhia yang melakukan."
"Tapi aku tak tahu cara pukulannya, Ayunan tangannya seperti benda tu dia dah selalu buat."
"Qal aku kenal sepupu dari dulu aku dah sentiasa ada bersamanya. Ada tanpa pengetahuannya."
"Semua tu Dhia hanya belajar dari pengalaman."
"Maksud kau?"
"Penderitaan yang sepupu tanggung sejak Arwah Mamy meninggal. Masa tu Umur Sepupu 12 tahun."
"Pengalaman banyak mengajar sepupu erti kuat, tabah dan melindungi." Disakiti oleh Ayah kandung dan adik tiri. Difitnah oleh bekas ayah mertua, Dikhianati oleh bekas Suami."
"Dalam diri sepupu terbuku sejuta kebencian. Namun Kau datang membawa sinar kebahagiaan padanya dan juga Adam dan Medina."

Carissa dipindahkan kedalam wad persendirian. Shawn Zyan dan Sebastian menjaganya didalam Hospital.
Telefon Zyan berdering. Zyan mengangkat panggilan dari marcus.
"Aku dekat hospital."
"Apa kau dah balik?"
"Kat rumah Atok?"
Sebastian memberi arahan agar Marcus datang kehospital.
"Kau datang ke Hospital Swasta tempat Shawn bekerja."
"Ingat jangan sampai atok tahu."
"See you."

Tak Sampai setengah jam, Marxus sampai di Hospital. Dia mewhatsapp Zyan menyatakan dia sudah sampai.
Zyan memberi Marcus no wad yang menempatkan Carissa.
Selang beberapa minit, marcus datang bersama seseorang masuk kedalam wad Carissa.
Mereka serentak menoleh kearah Marcus. Marcus meninggalkan Henry dibelakangnya dan menuju kekatil Carissa.
"Bunga, Bangun Abang Marc dan Abang Henry dah balik." Suara Marcus menjadi serak. Semua tahu Marcus twrlalu Sayangkan Carissa kerana Carissa satusatunya sepupu wanita yang Marcus ada.
"Sapa yang buat Bunga jadi macam?"
Shawn yang melihat keadaan Marcus berkata.
"Ayah kandung Dhia yang buat Dhia macam ni?"
Melihat keadaan Carissa yang kaku, menggunakan oksigen, telapak tangan berbalut menambahkan lagi airmata Marcus jatuh.
"Marc, Tarmizi dah ditangkap."
"Sepupu pun selamat dalam keadaan stabil."
Kata kata Sebastian memberikan kelegaan dihati Marcus.
"Siapa bunga?" Kata Henry.
Sebastian berdiri menuju kearah Henry.
"Lama sangat duduk kat Oversea, Sepupu sendiri dah tak kenal?"
"Aku cuma tau Dhia sepupu wanita yang aku ada."
"Jadi kalau bukan Dhia siapa lagi!" Sebastian meninggikan suaranya mengejutkan Shawn dan Zyan.
"Dhia? Dhia yang sedang terbaring?"
"Habis."
Henry menolak tubuh Sebastian kesisi dan menuju ke katil Carissa.
Mata Henry bergenang melihat Carissa terbaring kaku diatas katil.
"Dhia. Bangun Henry dah balik nak jumpa Dhia dan sikembar."
"Dhia bangun." Henry mwnggoncang tubuh Carissa.
Marcus yang melihat sikap Henry memeluk Henry dari belakang dan menariknya menjauh dari katil.

Mereka semua berjaga dibilik Carissa. Sebastian melihat Shawn yang sedang berdiri disisi Carissa dan mengucup lembut Dahi isterinya.
Shawn duduk disisi katil Carissa melihat keadaan isterinya membuatkan dirinya terluka.
"Kenapa Sayang sanggup bahayakan diri?"
"Abang takut kehilangan Sayang setelah Abang berjuang untuk memiliki hati Sayang."
Shawn melihat jam ditangannya tepat jam 12.01 minit Shawn berdiri dan membisikkan sesuatu ditelinga isterinya.
"Selamat Ulang Tahun Sayang." Shawn menangis membisikkan ucapan ditelinga isterinya.
"Sayang bangun, Abang rindu suara manja Sayang." Rintih Shawn.
Carissa seperti merasa genggaman hangat dijemarinya. Dia membalas lembut genggaman yang dirasakannya.
"Husband?" Lemah suaranya menyebut nama itu.
"Sayang?" Shawn menekan butang emergency yang ada diatas dinding kepala katil.
Doktor Rina masuk dengan beberapa orang jururawat memeriksa keadaan Carissa.

Sebastian dan yang lain menunggu diluar ruangan atas arahan Doktor Rina.
Shawn yang mundar mandir dihadapan pintu wad Carissa terlihat gelisah.
Dr Rina keluar selwpas beberapa minit berada didalam.
"Shawn, Isteri awak dah sedar."
"Kalian boleh masuk tapi, mohon jangan ganggu pesakit."
"Thanks Rina."
"Ok."

Shawn mendapatkan isterinya.
"Sayang?"
"Husband. Dhia, Dhia takut." Keluar juga perkataan yang dipendamkannya selama berhadapan dengan Tarmizi. Tangisan dan esakan Carissa membuatkan kemarahan memuncak dalam diri Sebastian.
"Sepupu, Abang Fan lepas ni tiada yang akan berani mengganggu Sepupu."
"Abang Fan, Sabrina dan si kembar macam mana?"
"Mereka Ok Sayang." Kata Shawn.
"Maafkan Dhia Husband. Dhia tak tahu kenapa Dhia boleh seberani itu."
"Abang tak salahkan Sayang. Abang tahu Sayang jadi macam tu untuk melindungi diri Sayang."
"Bunga?" Marcus memanggil Carissa.
"Abang Marc bila balik?"
"Baru je."
"Abang Marc bangga satu satunya bunga dalam keluarga Ford berani melakukan sedemikian."
"Marcus!!" Sabastian meninggikan suaranya.
"Sepupu, Abang taknak sepupu buat macam tu lagi."
"Jangan berani berani melakukan perkara macam tu lagi. Faham!!'
Carissa terkejut mendengar suara tinggi Sebastian.
"Dhia, Dhia hanya mempertahankan diri Dhia je."
"Jadi Sepupu nak lagi meringkuk didalam penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat!! Macam tu?!!"
Carissa menarik selimut nya dan mengiringkan badannya.
"Keluar!!!"
"Sayang?"
"Aku kata keluar!!"
"Aku tak perlukan kamu semua!!"
"Keluar!!"
Sebastian yang mendengar suara teriakan Carissa sedar akan percakapannya tadi.
"Maafkan Abang Sepupu. Abang tak bermaksud berkata seperti tu."
"Aku kata keluar!"
"Korang takde ditempat Dhia masa tu."
"Dhia sanggup korbankan telapak tangan Dhia untuk selamatkan Sabrina dari terkena tikaman dari Papa."
Sebastian yang mendengar itu terkejut.
"Dhia sanggup lakukan itu, agar Sabrina tak kenapa napa."
"Dhia tak kisah jika Dhia tak dapat lagi melakar lepas ni."
"Sekarang Dhia nak semua tinggalkan Dhia."

Mereka keluar dan meninggalkan Carissa didalam. Shawn duduk dikerusi luar wad untuk memastikan Isterinya selamat.
Carissa menangis semahunya. Menahan sakit kesan tikaman dibelakang badan dan tapak tangannya. Kesan ubat Bius yang diberikan beransur habis didalam badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience