Setelah 2 hari bertarung nyawa. Carissa mula membuka matanya. Melihat semua wajah wajah muram disisinya.
"Dhia."
Sabrina menyedari Carissa membuka matanya. Oksigen dimulutnya dibuka.
"Sabrina. Aku dimana?"
Carissa memegang kepalanya yang sakit.
"Dhia jangan banyak bergerak." Kata Grace dalam linangan air mata.
"Syukurlah Dhia selamat."
"Kenapa ni Bi?"
"Dhia kena culik."
Carissa mengingat semula kejadian yang menimpa dirinya. Seluruh tubuhnya bergetar kerana ketakutan.
"Bi ada nak bunuh Dhia Bi. Mereka nak lenyapkan Dhia Bi." Carissa meracau dan meronta.
"Dhia. Dhia." Sebastian mendekati dan memegang bahu Carissa untuk menenangkannya.
"Abang dan Shawn ada melindungi Sepupu dari bahaya."
"Dhia tak buat mereka Abang, Tapi kenapa mereka sanggup nak bunuh Dhia."
"Mereka nak Zaril, Dhia dah lepaskan. Dah sah dah pun Zaril jadi suami Qasieh. Mereka nak apa lagi."
Carissa menangis dikatilnya.
"Selagi Atok berdiri, Tiada yang dapat menyentuh bunga Atok."
"Siapa yang berani maksudnya Mereka tak jauh dari kematian."
"Dhia ingat. Apa Atok cakap atok akan tunaikan."
Kata kata Edward menusuk kesanubari Carissa.
"Terima kasih Atok."
TanSri Ariffin terkejut apabila mendengar 2 orang suruhannya lumpuh dibelasah dan kini berada didalam lokap.
"Jahanam!"
"Takpe Dhia, Hari ni kau lepas. Aku akan pastikan kau terima semua."
"Betul.. Kenapa aku tak manfaatkan je anaknya 3 orang yang ada dirumah Tarmizi."
"Bodoh!"
TanSri Ariffin menyusun rencana baru untuk Dhia Carissa.
"Kali ni kau akan menderita sedikit demi sedikit." Ketawa TanSri Ariffin.
TanSri Arifin mendail Dato Tarmizi dan membawanya keluar untuk makan tengah hari.
Zaril mengambil 3 anak kembarnya diTabika.
"Abi bila Kami boleh jumpa Ibu."
"Ibu sibuk sayang."
"Nanti Abi bawak jumpa Ibu yer. Selarang Abi hantar Iqy, Kimi dan Kayla ke rumah Mak Long ye."
"Ok Abi."
Zaril tahu setahun bukan waktu yang mudah untuk anak anaknya tidak merindui Ibu yang selama ni merawat sakit dan sihat mereka.
TanSri Edward meminta agar ruang first class yang menempatkan cucunya di kawal ketat. Dia tahu TanSri Ariffin dan Dato Tarmizi akan mencari rencana lain untuk menghapuskan keturunan Dhia.
"Chris. Aku nak kawal bilik Dhia. Jangan benarkan orang luar masuk."
"Baik Tuan Besar Ford."
"Bagus." Edward berjalan keluar Hospital.
Dia tak sanggup melihat dahi cucunya berbalut dan boleh menyebabkan kemarahannya memuncak.
"Dhia, Bibi pulang dulu. Dhia jangan lupa makan ye?"
"Baik Bi. Bibi hati hati."
"Aku balik dulu Dhia."
"Thanks Sab. tengokkan Anak aku ye."
"Yer. Dah jangan banyak fikir rehat lah."
"Sepupu aku pulang hantar mereka. Aku akan kesini semula petang ni."
"Hmm."
Carissa melihat keluarganya keluar meninggalkannya.
"Ya Allah terima kasih selamatkan aku."
Carissa membaringkan tubuhnya dan terlelap. Shawn masuk keruangan Carissa membawa Makanan yang diordernya dari luar. Melihat Carissa tidur, Shawn tidak sampai hati untuk mengejutkannya.
Shawn duduk dikerusi sisi katil Carissa.
"Sanggupkah Dhia terima Shawn dalam hidup Dhia."
"Shawn mula jatuh sayang pada Dhia sejak kali pertama Shawn nampak Dhia dipejabat Fan."
"Shawn akan tunggu sehingga Dhia mampu membuka hati Dhia semula."
Shawn bangun dari duduknya dan menapak keluar dari wad.
"Shawn?"
Shawn menoleh kebelakang melihat Dhia bangun dan ingin duduk. Shawn menghampiri dan memapah bahu Carissa hingga Carissa duduk diatas katil.
"Shawn?" Panggil Carissa lagi.
"Erm."
"Kenapa Shawn jatuh hati pada Dhia?"
"Sebab apa? Simpati?"
"Dhia tak mampu membahagiakan Shawn."
"Dhia tak Sanggup lagi dikhianati oleh insan bergelar Suami.
"Dhia. Shawn tak pernah jatuh hati. Dan nilah pertama kali Shawn jatuh hati."
"Bukan sebab simpati pada Dhia tetapi rasa tanggungjawab pada Dhia untuk menjaga Dhia."
"Shawn kita berbeza Agama."
"Shawn sanggup belajar agama Dhia. Dan Shawn nak Dhia bimbing Shawn."
"Maafkan Dhia, Dhia tak mampu."
Shawn berpaling dan berjalan menuju ke pintu.
"Dhia, Shawn akan tunggu Dhia Hingga Dhia mahu menerima Shawn dalam hidup Dhia."
Carissa terpegun mendengar kata kata Shawn.
MUNGKINKAH DIA UNTUKKU ALLAH. MAMPUKAH AKU BAHAGIA SEMULA SELEPAS SEMUA NI TERJADI PADAKU. Hatinya berbisik.
Share this novel