Carissa tak sedar jam sudah menunjukkan Waktu Subuh. Dia masih sibuk meneliti Stok dan keluar masuk Duit didalam Akaun Butiknya.
Azan berkumandang mengejutkannya.
"La dah Subuh."
Carissa bangun dan mengambil tuala mandi. Selesai Solat, Carissa duduk termenung di birai katil.
"Erm penat juga macam ni."
"Mengurus 3 butik sekali gus bekerja di syarikat besar yang memerlukan kecerdasan dan kecekapan."
"Bekerja dengan Keluarga memang memenatkan. Apalagi yang bukan seagama dengan ku."
Carissa tak selesa dengan kehadiran setiap hari sepupu sepupu sebelah Nyonya Ford. Hatinya sudah cukup disakiti.
Tetapi melihat Shawn setiap hari membuatkan degup jantungnya laju.
"Tidak. Aku tak mampu menerima kehadiran lelaki didalam hidupku."
Dipejabat Ford, Carissa ralit melihat laptop dihadapannya. Sepasang mata memerhatikan gerak lincah jarinya menekan tetikus.
Carissa menyandar dan memegang dahinya yang berdenyut kuat. Peluh membasahi dahinya sedangkan suhu dibiliknya sejuk.
"Kenapa aku ni?"
Carissa membuka laci mejanya dan mencari ubat Migrain didalamnya.
"Mana ni?"
Carissa menekan interkom memanggil PA yang duduk diluar pejabatnya.
"Sherry, masuk kejap."
"Baik Miss D"
Sherry masuk kepejabat Carissa mendapati urat urat didahi Carissa memunculkan diri. Peluh membasahi muka dan Shawl yang dipakai oleh Ketuanya.
"Miss D Kenapa ni?"
"Sherry tolong carikan ubat dalam laci ni."
Carissa menolak kerusinya kebelakang menahan sakit Migrain yang dihidapnya dari dulu.
"Tak de Miss D."
"Ok tak pe."
"Sherry awak boleh keluar."
"Miss D ok tak ni?"
"Saya Ok. Saya tak nak terima tetamu hari ni."
"Baik lah."
Sherry keluar dan terserempak dengan Sebastian dan Shawn.
"Sherry, Nona muda ada?" Kata Sebastian.
"Ada Tuan Muda."
"Tapi Nona tak nak Diganggu."
"Oo ye ke. Ok tak pe."
Sebastian berlalu meninggalkan Sherry dibelakang untuk keluar bersama Shawn.
"Tuan Muda!" Panggil Sherry.
Sebastian menoleh kebelakang.
"Kenapa." Jawabnya dengan nada suara garang.
"Err Miss D, Miss D."
Sebastian berjalan menuju ke ruangan Carissa.
"Kenapa dengan Nona Muda."
"Tak tahu tapi saya tengok Miss D macam menahan Sakit."
Sebastian menolak kuat pintu ruangan Sepupunya. Dia melihat Sepupunya menangis menahan sakit yang dialami.
"Sepupu, kenapa ni?"
Sebastian melutut didepan Carissa.
"Sakit." Dalam esakan Carissa menekan dahinya.
Sebastian mengangkat tubuhnya dan membaringkan Carissa diSofa yang ada di dalam ruangan.
"Sakit kat mana?"
"Migrain."
"Dhia tak tidur ke semalam?" Sebastian melihat lingkaran hitam dibawah matanya.
"Tak."
"Tapi kenapa?"
Carissa hanya menangis menahan sakit di kepalanya.
"Shawn, Tolong periksa Dhia."
"Tapi barang² aku kat dalam kereta."
"Chris!"
Chris masuk mendapatkan Sebastian.
"Tuan Muda."
"Tolong ambil beg sandang Shawn dibawah."
"Baik Tuan Muda."
Chris berlari meninggalkan ruangan Carissa. Turun menggunakan Lift dan naik semula ke tingkat 20.
Shawn melirik jam ditangannya. jarinya menekan nadi Carissa.
"Dhia ok. Cuma mungkin Dhia Stress."
"Sepupu ok kan lepas ni." Nampak raut wajah Sebastian cemas.
"Aku dah bagi suntikan. Biar Dhia rehat sekejap."
Sebastian mengambil tempat di sisi Carissa. Dia memerhatikan raut wajah sepupunya dalam Lena.
"Fan, Kenapa awak terlalu ambil berat pada Dhia?" Shawn duduk didepan Sebastian.
"Dhia Satu satunya wanita dalam keluarga besar Tuan Ford."
"Dan Dhia juga satu satunya keturunan dari Mamy Martha."
"Mamy kau yang hilang dulu?"
"Betul. Selama bertahun dituduh atas kesalahan yang bukan dilakukannya."
"Hidup dalam penjara dan Pusat Serenti, Dhia dah merasa semua tu."
"Tapi angkara siapa?"
"Angkara Dato Tarmizi dan TanSri Ariffin."
"Maaf Fan aku tak tahu."
"Takpe. Lepas kematian Mamy Martha, Dhia hidup sebatang kara."
"Sekolah pun hanya sampai SPM."
"Tak macam aku dan sepupu yang lain."
"Ibuku berjanji akan menyayangi Dhia seperti Dia menyayangi aku."
"Aku masih simpan surat terakhir yang aku temui dekat mayat Mamy Martha."
"Dhia sendiri tak tahu tentang surat tu."
"Apa isi surat."
"Mamy nak aku jaga Dhia seperti Adik aku sendiri. Mamy tak nak Dhia hidup dalam kesenangan dunia."
"Disakiti, Dikhianati, Namun Sepupu aku kuat menanggung semua ni Shawn."
"Setahun duduk di Negara Meteopolitan Dhia dah berjaya membuka Butik Designer sendiri dan menempuh nama dimata Dunia."
"Dhia bukan sembarang wanita yang senang patah semangat. Sekali kau khianati, menyesal kau sampai mati."
"Kau tengok sekarang 100 peratus perubahan Dhia lakukan."
"Tapi aku tahu, Apa yang Dhia lakukan adalah teebaik untuknya dan anak anaknya."
"Shawn aku tahu, Kau boleh jaga Dhia sepertimana aku menjaganya."
"Tapi Fan."
"Aku tahu kau dah jatuh hati pada sepupu pertama kali kita masuk keruangan aku."
"Aku lelaki dan kau lelaki."
"Aku tak mampu menjaga Dhia 24 jam."
"Dhia dah tak tinggal dirumah Agam."
"Habis tu Dhia tinggal dimana?"
"Dhia tinggal sebelah rumah kau Shawn?"
"Apa!!"
"Jadi Gadis yang baru pindah tu Dhia lah."
"Yup. Aku harap kau dapat tengokkan Dhia bila Dhia berada di Villanya."
Shawn diam tanpa kata. Hatinya berbisik.
APAKAH INI KEBETULAN ATAU JODOH.
"Tapi kan Shawn sebelum Jodoh kau sampai dengan Dhia, Kau mesti POTONG."
Sebastian menunjuk sesuatu didalam seluar Shawn. Ketawa mereka semakin Kuat.
Share this novel