Perut Carissa menampakkan bulat dari selalu. untuk menutup dari pengetahuan keluarga besar Ford, Carissa mengenakan Blouse yang besar saiznya dari saiz badannya.
Hari ni adalah hari ulang tahun Edward. Sambutan akan dibuat di Pantai Damai. Persiapan dilakukan sendiri oleh Cucu cucunya.
"Sayang belum siap?" Kata Shawn kepada isterinya.
"Dhia tak tahu nak pakai apa." Sambil mengelus lembut janin yang ada diperutnya.
Shawn meraih isterinya dan mendudukkan dipangkuannya. Carissa hanya mengikut.
"Baby Papa buat apa tu?"
"Baru 2 bulan Baby Papa dah nampak membesar kat dalam. Jangan nakal tau kesian Ibu penat." Shawn mengucup perut Carissa.
"Sayang pakai je kemeja labuh yang Abang baru beli semalam."
"Husband tak cakap pun."
"Ada kat dalam Almari tu."
Carissa bangkit menuju kealmari yang dimaksudkan suaminya.
Kemeja labuh putih dengan taburan bunga rose biru. Carissa mengeluarkan Skirt berwarna gelap dan tudung yang sama warna dengan Skirtnya.
Carissa turun mendapatkan suaminya.
"Wow cantiknya isteri Abang." Shawn meraih tangan Carissa dan mendekatkan bibirnya ke wajah Carissa.
"Husband jangan nak mulakan ek."
"Isteri Abang selalu pandai memancing keinginan Abang."
Carissa menampar lembut bahu suaminya. Shawn melihat bekas tikaman di tangan isterinya. Memang nampak jelas Parut ditangannya.
"Dah Jom." Shawn membawa Motor berkuasa tinggi Kawasaki Ninja 250 miliknya menuju kedestinasi.
Selang 5 minit mereka sampai, kerana Villanya tidak jauh dari pertemuan mereka.
Shawn menongkat motornya dan mengendong tubuh isterinya turun dari motor.
"Thanks Husband."
Shawn mengucup pipi isteri.
"Bunga!!" Zyan melihat Carissa dan Shawn menuju kearah mereka.
"Kenapa lambat sangat." Kata Sebastian.
"Husband nilah, dah lambat sempat lagi nak bermanja manja." Kata Carissa mengenakan suaminya.
"Aku bukan apa Aura Dhia kuat sangat, seringkali aku tewas bila melihat kemanjaannya." Shawn mengenakan isterinya semula.
Sebastian ketawa besar mendengar kata kata sepupu dan suaminya.
Shawn mengucup lagi pipi Carissa membuatkan Zyan membesarkan mata.
"Arghh!! Bunga tolong lah cepat carikan Zyan isteri dah tak tahan ni melihat kemesraan kalian. Kat rumah Agam melihat kemesraan Kakak Ipar dan Sebastian, Kat sini melihat kemesraan Bunga dan adik ipar. Merana Oii."
Semua yang mendengar ketawa.
Carissa meninggalkan meja sepupunya dan pergi mendapatkan Anaknya.
"Ibu Ibu!" Adam berlari mendapatkan ibunya.
"Anak ibu buat apa ni?"
"Main pasir dengan kawan Adam dan Medina."
"Main elok elok jangan jahat tau."
Carissa meninggalkan anaknya pergi ke batu yang menuju kelaut lepas. Angin kencang membuatkan baju dan tudungnya beralun di tiup angin.
terkadang Carissa mendengar ketawa riang sepupu sepupunya dimeja mereka.
"Indahnya ciptaanMu ya Allah."
Carissa memegang perutnya.
"Dhia?"
Carissa melihat kebelakangnya Zaril datang menuju kearahnya.
"Kau buat apa kat sini?"
"Hubby nak jumpa Dhia. Hubby rindukan Dhia."
"Kau memang dah gila."
"Ya aku gilakan Kau."
Carissa melihat meja yang menempatkan sepupunya. Mereka tidak melihat dirinya sekarang berada dalam bahaya.
"Hai Kak Dhia?" Qasieh dan TanSri Ariffin mendekat kearahnya.
"Korang nak apa hah!"
"Aku nak nyawa kau." kata TanSri Ariffin.
Carissa bergetar menahan amarah yang mula merasuk ketubuhnya.
"Aku tak takut mati."
"Mamy dibunuh Papa, sebab apa nak kahwin dengan perempuan yang tengah mengandungkan dia!" Carissa menunjuk kemuka Qasieh.
"Anak anak aku, kau bunuh."
"Kau ada bukti?"
"CCTV yang ada dekat hospital tu menampakkan kereta kau masuk kekawasan hospital, dan Orang suruhan kau dan Tarmizi meletakkan Anak anak aku didepan wad kecemasan."
"Kau memang manusia berhati binatang."
"TanSri Ariffin betul ke kau yang bunuh anak anak aku!" Zaril menjadi tertekan mendengar penjelasan Carissa.
"Kalau betul aku kau nak buat apa!" TanSri Ariffin mengacukan pistol kearah Zaril.
"Uncle jangan tembak suami Qasieh. Qasieh mengandungkan anak Abang Zaril."
"Aku takkan tembak Suami kau Qasieh tapi perempuan ni."
"kau nak bunuh aku. Aku tak gentar dan aku tak takut."
Chris yang sedang berjalan menyusuri pantai melihat Carissa sedang di kepung oleh 5 orang yang tak dikenali.
"Nona Muda!!"
Teriakan Chris membuat semua memandang kearahnya. Sebastian memerhatikan kejadian diatas batu dilaut tu.
"Sepupu?"
Share this novel