Keesokan harinya, Carissa mengenakan Tshirt biasa dan jeans biru dibadannya. Tudung bawal berwarna hitam tersimpan indah dikepalnnya. Carissa mengambil baju tebal diatas meja soleknya.
Melihat suaminya masih lena, Carissa perlahan menutup pintu kamarnya.
"Bunga nak kemana ni?"
Carissa terperanjat mendengar suara Zyan dibelakangnya.
"Abang Zyan ni kan terkejut Dhia."
"Bunga nak ke mana?"
"Dhia nak ke Butik DC Design kejap."
"Butik terkemuka tu."
"Haah."
"Nak buat apa."
"Adalah."
Carissa berjalan menuruni tangga dan berlalu keluar Rumah besar.
"Nak buat apa ke Butik tu?"
"Ermm."
"Hoi!!" Sebastian mengejutkan Zyan yang termenung disudut rumah.
"Kot yepun nak sergah. Bagus kau ambik pisau tikam aku." Kata Zyan sambil mengurut dadanya yang sakit akibat terperanjat.
"Kau tu yang kenapa? Aku panggil macam tunggul tegak tak bergerak."
"Aku hairan lah?"
"Kenapa?"
"Bunga awal pagi dah keluar?"
"Pergi mana?"
"Bunga cakap pergi ke DC Design."
Sebastian dan Zyan duduk di meja makan dan Orang gaji disisi menyediakan Sarapan mereka berdua.
"Aku pelik lah Fan, Buat apa Bunga kesana sedangkan Semua Design baju Bunga tak jauh cantik dibandingkan dengan DC Design."
"Kau tak tahu ke?"
"Tahu apa?"
"Butik DC Design tu Sepupu yang punya." Sebastian menghirup Kopi Susu yang terhidang didepannya.
"Kau pun kalau nak bergurau jangan dalam waktu makan macam ni."
"DC Bermaksud Dhia Carissa. Ada faham."
Zyan terkejut dan membesarkan anak matanya. Pertama kali dia tahu siapa Bunga yang ada didalam syarikat besar Ford.
Chris berhenti dihadapan bangunan tinggi dihadapannya.
"Nona Muda kita dah sampai."
"Ok. Awak balik dulu. Kalau dah selesai saya akan Call."
"Baik Nona Muda."
Carissa keluar dari kereta. Dingin sejuk diluar membuatkan Carissa menggosokkan kedua telapak tangannya.
Salji mulai turun. Carissa berjalan menapak ke bangunan DC Design.
"Welcome."
Carissa membuka cermin matanya dan tersenyum melihat staffnya.
"Eh Miss D."
"Hai, How are U?"
"Fine Miss D."
"Miss D lama ke disini?"
"Tak, Esok saya dah balik."
"Oo ye ke."
Carissa melihat beberapa dokumen yang diserahkan oleh Eddy padanya.
"Dy nanti saya akan hantar beberapa Lakaran Design busana terbaru. Awak tolong macam biasa."
"Beres Miss D."
Carissa mendengar suara seorang lelaki meminta Busana yang sudah dipesan satu bulan lalu.
"Dhia?"
Carissa mendongak melihat Wajah yang memanggilnya.
"Megat."
"Dhia buat apa kat sini?" Megat gembira melihat gadis pujaannya ada didepan matanya.
"Jalan jalan." Jawab Carissa dengan Acuh tak Acuh.
"Jom, Megat nak ajak Dhia Lunch."
"Takpe lah, Dhia dah kenyang." Carissa muak melihat muka didepannya. Melihat wajah Megat, mengingatkannya pada Zaril.
"Kenapa Dhia macam ni?"
"Macam ni Apa?"
"Dhia mengelak dari Megat."
"Dhia tahu kan Megat akan tunggu Dhia."
"Please lah Megat. Stop aku dah muak dengan semua ni."
Shawn melihat jam ditangannya menunjukkan jam 1 petang. Dia bangun dari duduknya dan mengambil baju tebal dan berlalu keluar. Dia memakai salah sebuah kereta yang ada di halaman rumah.
"Tuan Shawn nak kemana?" Tanya Chris.
"Saya nak ambik Dhia."
"Baiklah. Tuan hati hati jalan diluar licin."
"Thanks Chris."
Shawn berlalu meninggalkan perkarangan rumah menuju ke DC Design. hujan salji turun dengan lebat menyebabkan dia tak dapat memandu laju.
Shawn memberhentikan keretanya tepat dipintu masum bangunan DC Design. Dia memerhatikan isterinya dari arah cermin tingkap yang besar.
"Dy, yang ni nanti tolong pindah dan ganti dengan design baru."
"Ok Miss D."
"Dhia please terima Megat dalam hidup Dhia."
"Megat! Aku nak cakap dekat kau, Setelah Zaril mengkhianati aku satu tika dulu dan aku hampir tersungkur jatuh. Kau ingat aku akan terima sesiapa yang ada kaitan dengannya."
"Minta maaf Megat. Tapi aku dah ada pilihan aku sendiri." Carissa keluar Butik dan berdiri di depan pintu Utama. Suasana sejuk membuatkan Carissa menggigil kesejukan.
"Kau tipu aku." Aku tahu kau masih sendiri, Buka pintu hati kau agar aku dapat menghangatkan kembali cinta yang telah lama mati tu."
Megat meraih tangan Carissa. Carissa menarik kuat tangannya dan Sarung tangan terlepas dari tangannya. Carissa semakin dingin.
"Kau jangan Cuba cuba sentuh aku!"
"Tapi aku terlalu sayangkan kau."
"Aku dah cakap aku dah bersuami. kau faham ke tak!"
"Sayang." Shawn datang membawa payung dan menuju kearah Carissa.
"Husband." Carissa mendekatkan dirinya kearah Shawn.
Shawn memeluk erat tubuh isterinya. Dia tahu Carissa dalam ketakutan menghadapi lelaki didepannya.
"Jom balik." Shawn memusingkan badannya dan ingin berlalu pergi.
"Wanita murahan!" Kata kata kesat keluar dari mulut Megat.
"Kau cakap apa tadi? Kau cuba ulang?" Kata Shawn menahan Amarah yang mula memuncak.
"Wanita murahan kenapa? Salah apa yang aku kata.?"
"Berpelukan dengan lelaki bukan Mahram. Padan muka Kau betina Zaril meninggalkan kau dan memilih Adik tiri Kau!"
Carissa maju dan menampar kuat wajah Megat. Megat memegang kesan tamparan yang sakit dipipinya.
"Terima kasih kerana menghina Aku. Aku sangat berterima kasih Allah tunjukkan semuanya kepadaku."
"Masih ingat Allah sedangkan kau bergelomang dengan dosa."
Bukk!!
Satu tumbukkan mengenai wajah Megat. Carissa mengalirkan air matanya.
"Kau hina isteri aku."
"Kau akan mati disini."
Shawn membelasah Megat dengan teruk.
"Husband dah lah tu."
"Kita balik."
Carissa menarik Shawn dan membawanya kekereta.
"Megat, Aku tak pernah mengkhianati Zaril, melainkan dia mengkhianati aku."
"Aku bersumpah takkan pernah mengenali keluarga besar Tengu Zamri."
Carissa masuk ke dalam kereta dan menangis semahunya.
Shawn membiarkan isterinya menangis. Sakit rasa hatinya mendengar isterinya dihina sedemikian rupa.
Share this novel