BAB 23

Romance Series 10505

Shawn tidak segera pulang kerumah besar, namun membawa Carissa kesebuah taman mini buatan. Shawn memakirkan keretanya Lalu melihat kesisi. Melihat pipi isterinya yang basah, Shawn mengelap dengan jarinya.
"Syhh. Abang tahu sukar untuk Sayang melupakan semua tu."
"Maafkan Dhia. Dhia memang dah melupakan semuanya dan menguburkan jauh dalam lubuk hati."
"Abang tahu sukar untuk Sayang tanggung semua ni. Abang akan sentiasa ada disis Sayang."
"Terima kasih Husband."
Shawn menghulurkan sesuatu kepada isterinya.
"Apa ni?"
"Sayang makan untuk memulihkan stamina sayang dan melicinkan dan melembutkan lagi kulit sayang." Shawn mengelus lembut pipi isterinya.
"Abang nak Sayang jaga penampilan luar dan dalam untuk Abang."
"Apalah abang ni."
"Kenapa?'
"Err orang mengandung dapat makan ke?"
"Dapat. Wait wait wait. Sayang cakap apa tadi? Mengandung? Betul ke ni?"
Carissa menundukkan wajahnya.
"Bila?"
"Tak tahu. Tapi sebelum kita kesni, Dhia ada cek Upt Test, Kira nak Suprise Husband tapi hmm."
"Ya Allah Abang Suprise sangat Sayang."
Shawn mengucup jemari isterinya.
"Tapi Dhia takut."
"Takde apa apa akan berlaku."
Shawn menarik Carissa kedalam pelukannya.
"Terima kasih sayang."
"Nasib hari tu tak jadi apa apa."
"Ya Allah, Abang tak percaya. Hampir setahun perkahwinan kita, Abang akan ada Zuriat darah daging Abang."
Wajah Carissa berubah. Dia takut jika Shawn akan pilih kasih terhadap Adam dan Medina nanti.
"Abang takkan Sia siakan Adam dan Medina. Abang akan jaga mereka seperti Abang jaga sayang."
"Terima kasih Husband."
Carissa terharu mendengar kata kata suaminya.
Terima Kasih Allah kerana kau telah menghadirkannya disaat aku terpuruk jatuh kelubang kedukaan.

Shawn memberhentikan kereta diruang parking depan rumah besar.
"Kejap."
"Kenapa Husband?"
Shawn keluar membukakan pintu untuk isterinya.
"Thank You." Carissa ketawa.
"Jangan bagitau mereka tau."
"Kenapa?"
"Jangan lah dulu. Dhia nak tunggu sampai 5 atau 6 bulan baru Dhia bagitahu."
"Ok Abang ikut demi Sayang."

"Baru balik." Tanya Edward pada Carissa dan Shawn.
"Maaf Atok, Dhia ada urusan tadi." Carissa menunduk.
"Dah pergi mandi. Lepas tu turun untuk makan malam."
"Hmm." Shawn menarik Carissa untuk naik ketingkat atas.
"Sayang mandilah dulu. Abang nak merokok kejap."
"Ok."
Selesai mandi, Carissa melihat Shawn masih berada dibalkoni.
"Husband kenapa ni?"
"Sayang. Dah masuk sejuk ni."
Shawn menutup pintu Balkoni dan berlalu ke kamar mandi.

Tok! tok! tok!
"Bu."
"Ye sayang kenapa ni."
"Esok kita nak balik kan."
"Ye."
"Boleh tak bawa Am dan Dina main salji malam ni?"
"Kan sejuk ni."
"Boleh la Bu. Sekali ni je."
Carissa melihat wajah putera dan puteri mengharap.
"Haaihh. Baiklah. Tapi jangan buat bising nanti Atok marah."
"Baik Bu."
"Dah tunggu Ibu dibilik ye."
"Baik Bu. Sayang Ibu."
Adam dan Medina memeluk erat Ibunya.

Carissa keluar dari biliknya. Dia menuju ke bilik anaknya.
"Am dan Dina dah siap?"
"Dah Bu."
"Bu Am nak bawak ni boleh?"
Adam melihatkan pada Carissa Speaker yang baru dibelinya.
"Untuk apa?"
"Adalah."
"Sama juga macam Papa kan suka berahsia dengan Ibu."
"Dah Jom."
Mereka menggunakan pintu utama.
"Nona nak kemana?" Chris menatap mereka 3 beranak.
"Terkejut lah Uncle ni." Marah Medina.
"Maaf Nona Kecil."
"Saya nak bawak mereka ke laman belakang tu."
"Ermm Nona Hati hati."
"Ok Thanks."
Carissa dan anaknya berjalan menuju halaman belakang yang penuh dengan salji. Halaman belakang dapat dilihat dari Kamar biliknya dan kamar Sebastian.

"Sekarang cakap dengan Ibu Am nak buat apa dengan Speaker tu."
"Bu adam rindu nak dengar Ibu menyanyi seperti dulu."
Carissa melihat kesedihan diwajah anaknya.
"Ok Ibu akan ikut Am dan Dina nak Ibu buat apa malam ni."
"Maafkan Ibu sebab dah siasiakan anak Ibu ni. Ibu terlalu sibuk."
"Kami faham Ibu sibuk. Tapi kami rindu nak lihat Ibu seperti dulu."
"Baiklah Am Nak Ibu nyanyi apa?"
"Am nak Ibu nyanyi lagu yang Ibu pernah dendangkan buat Along dan Angah dulu."
"Ok Ibu tahu."
"Nah." Adam menyerahkan pembesar suara kepada Ibunya.
Carissa menyambut huluran anaknya. Dia mencari tajuk lagu didalam youtube telefonnya.

Shawn mendengar bunyi bising dilaman belakang, Dia menuju Balkoni melihat Carissa dan anaknya. Menoleh kesisi dia melihat Sebastian berdiri kaku bersama Isteri dan Bibi Grace.
"Apa ada dengan lagu yang didendangkan Dhia Carissa."
Chris yang berdiri disebelah TanSri Edward melihat jelas air mata yang bergenang di mata Tuan besar itu.
Zyan dan Marcus masuk kedalam kamarnya dan melihat kelaman belakang.
"Bunga Dhia."
Semua senyap mendengar dendangan lagu dari Carissa.

SUNYI DAN GELAP TERLANTAR DALAM TELANJANG
DIPINTU RINDU HIDUP DAN MATI DISISI KU.
SAKIT YANG DATANG MENGUJI KASIH SAYANG ANTARA MERENDANG SEMALAM
MUNGKIN TAKKAN BERBUAH.
HANYA MENEDUHKAN NAMUN TIDAK MENGENYANGKAN
MUSAFIR LALU NAN DAHAGA
DIJALAN PANAS MEMBARA
BEGITULAH HAKIKATNYA
DIMAHLIGAI KESAKITAN
YANG MENGUNDANG SAHABAT SAUDARA JAUH DEKAT MENGHEMBUS NAFAS PILU
IBU MENGERTILAH AKU SENGSARA
LEMAS BERENDAM AIR MATA
RENDANG KASIHMU DALAM GELORA
JADI REBUTAN SELAMANYA
BERIKANLAH PENGERTIAN
WAKTU KU DIHUJUNG JALAN
BERBICARA BAHASA TUHAN
YANG PENUH PENYESALAN
MANA PUN AKU BERLABUH
PASTINYA UNTUK DESA KU,
BIARPUN TAK BERSUNGGUH
BIARLAH TAK BERTANGGUH
DITELAPAK KAKIMU.

Carissa terduduk diatas salji dan menangis semahunya.
"Bu!!"
Adam dan Medina menangis mendapatkan Ibunya.
"Bu Along tahu Ibu derita selama bersama Abi."
"Along selalu melihat Abi bawa perempuan tu masa Avi jemput kami disekolah."
"Maafkan Along Bu merahsiakan semua ni dari pengetahuan Ibu."
Semua yang ada disana mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Adam pada Carissa.
"Ibu tak salahkan Am. Ibu salahkan diri Ibu sendiri sebab terlalu percayakan Abi."
"Along janji akan melindungi Ibu hingga hujung nyawa Am Bu."
Adam memeluk ibunya dengan erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience