BAB 11

Romance Series 10505

TanSri Ariffin dan Dato Tarmizi duduk santai selepas bermain Golf. Panggilan telefon mematikan perbualan rancak mereka.
"Hm." Kata TanSri Ariffin.
"Aku dah jumpa dia." Kata suara disebelah.
"Bagus!"
"Jadi Boss nak kami buat apa?"
"Bunuh dan jangan ada bukti langsung yang ditinggalkan faham!"
"Faham."
Panggilan segera diputuskan.

"Siapa?"
"Mereka dah jumpa anak kau."
"Betul tapi dimana?"
"Aku tak tahu. Yang aku tahu Dhia Carissa harus mati malam ni juga."
"Bagus Fin. Aku tak sabar nak dengar berita tentang kematian tragisnya."
"Betul."
Mereka ketawa terbahak bahak menandakan kemenangan berpihak pada mereka.

Carissa bangun dari tidurnya didalam ruangannya. Sunyi. Menandakan mereka dah pulang ke rumah masing masing.
Carissa duduk menyandar hendak menghilangkan sakit di lehernya. Melihat jam yang ada didinding ruangannya Carissa menggelengkan kepalanya.
"Nak dekat jam 7."
Carissa berdiri dan mengambil beg tangannya dan berlalu keluar.
"Miss baru balik." kata pak Guard di pintu utama.
"Ye Uncle."
Carissa menyelongkar begnya mencari kunci kereta.
"Ok Uncle Saya balik dulu." Sambil melambaikan tangannya.
"Wokey Miss. Hati hati."

Carissa menekan pedal minyak dan berlalu dari pejabatnya. Carissa memasang lagu didalam keretanya. Tanpa sedar sebuah kereta mengekori keretanya dibelakang.
Sampai distesen minyak, Carissa berhenti untuk mengisi minyak keretanya.
Carissa perasan lelaki yang berada didalam kereta proton waja dibelakang seperti memerhatikan gerak gerinya.
Carissa masuk kedalam kereta dan memecut laju keretanya. Carissa panik hingga tak tahu nak buat apa.

Carissa panik. Carissa menumpahkan barang didalam begnya. mencari telefon dan mendail Sebastian.
"Mana Abang ni." Carissa mendail lagi namun tiada tanda diangkat.
"Abang!!"
"Rileks Dhia." Carissa menarik nafas.
Carissa mencari nombor Chris dan mendail. Namun masih sama tiada jawapan.
"Sapa lagi aku nak call ni."
"Ya Allah bagi aku petunjuk."
Carissa ingat, Sebastian pernah memberinya kad kerja Shawn.
Tangannya ligat mencari kad tersebut ditepi pintu kereta.
"Dapat."
Tak lama panggilan disambungkan.
"Shawn."
"Sapa ni?" Kata Shawn
"Shawn Dhia ni?"
"Dhia kenapa ni?"
"Shawn tolong aku. Ada orang kejar aku dari pejabat tadi."
"Dhia ada kat mana tu."
"Dhia, Dhia tak tahu."

BANG!!
"Aaa.." Telefon ditangannya terlepas dari genggamannya.
"Dhia, Dhia!" Shawn panik.
"Aku mati malam ni." Carissa menangis teresak.
"Apa lagi korang nak!"
Carissa menghempas stereng keretanya dengan kuat.
"Aku tak boleh menyerah!" Carissa melap airmata dipipinya dengan kasar.

Sebastian melihat panggilan dari Carissa dan Shawn.
Dhia mendail semula Carissa namun tiada jawapan. Akhirnya Shawn menghubunginya semula.
"Kenapa Shawn."
"Fan Dhia Fan!"
"Kenapa dengan Sepupu." Sebastian jadi tak tentu arah mendengar suara Shawn.
"Dhia kena kejar dari pejabat."
"What!"
"Dhia Call aku dan aku dengar ada bunyi tembakan."
"Shit!!" Sebastian meraih jaket dikerusi dan berlari keluar dari Biliknya.
"Darl kenapa ni?"
Sabrina,Grace dan Edward memandang serentak kearah Sebastian.
"Dhia dalam bahaya."
"Chris!!"
"Tuan Muda."
"Kumpul anak buah cari dimana keberadaan Sepupu."

Carissa keluar dari kereta apabila mendapati kereta tadi jauh ketinggalan dibelakang. Dia masuk kedalam semak dipinggir jalan. Carissa menanggalkan heelsnya dan meninggalkan didalam semak.
"Tu keretanya."
"Jom."
"Dia tak jauh dari sini."
Carissa melihat kelibat 2 lelaki berpakaian hitam dan bertopi masuk kedalam semak. Dia menutup mulutnya. Bergetar seluruh tubuhnya melihat Lelaki tadi bersenjata.
"Allah lindungi aku."
"Aku berserah hidup dan matiku padamu Allah."
"Kau nak lari kemana!" Salah seorang meraih tudung yang masih utuh dikepala Carissa.
"Kau nak apa Hah!"
"Aku nak nyawa Kau." kata salah seorang.
"Sapa yang bayar korang, Tarmizi, Ariffin!"
Mereka menarik Carissa masuk kedalam semak dan jauh dari jalanan.
"Huu garang nya."
"Cantik cantik macam ni sayang kalau kita tak kerjakan?"
"Kan."
"Sebelum kau mati kami nak bermain dengan kau dulu."
"Lepaskan aku jahanam."
"Lepaskan kau?" Mereka ketawa terbahak bahak.
"Kau lubuk emas kami. kenapa kami harus lepaskan kau!"
Carissa didorong dengan kuat kehadapan dan Carissa tak dapat menyeimbangkan tubuhnya dan kepalanya terhentak di salah satu pohon kayu dihadapannya.

Carissa rebah menyembah bumi. Membuka mata melihat lelaki tadi.
"Aku akan pastikan korang akan dihukum setimpal dengan yang korang buat terhadap ku." Darah mengalir keluar dari tudungnya ke dahi.
Carissa memejamkan matanya dan pengsan.
"Cepat."

Chris dan Sebastian mendapat panggilan dari orangnya menyatakan Kereta Carissa berada di salah satu jalan menuju ke MTB Park.
Chris memecut laju. Sebastian mendail Shawn dan memberitahu keberadaan Carissa dan bertemu disana.
Sebastian keluar dan melihat kesan peluru di cermin belakang kereta sepupunya.
"Cari Nona Muda sampai dapat."
"Move." Kata Chris kepada anak buahnya.
Mereka berpecah mencari Carissa didalam hutan tebal.
Mereka melihat dua kelibat lelaki di hadapan mereka menyeret seseorang ke tempat lapang.
Sebastian mengarahkan agar Chris dan anak buah nya mengepung tempat itu.
"Kita kaya malam ni." Kata salah seorang penyagak.
"Betul dah dpat wang, kita dapat pakai wanita didepan kita ni." Mereka mengoyak pakaian yang tersarung ditubuh Carissa. menarik tudung dikepalanya.
Sebastian berjalan kedepan dan mengacukan pistol dikepala salah seorang penyangak.
"Penyangak ketakutan."
"Tuan Sebastian. Maaf kami hanya menjalankan perintah."
"Sapa yang mengupah kamu. Jawab!"
"TanSri Ariffin."
Chris datang membelasah mereka. Sebastian membuka jaket ditubuhnya dan menyarungkan pada Carissa.
Shawn mengangkat tubuh Carissa dan membawa keluar dari hutan.
"Chris lumpuhkan mereka lepastu serahkan pada pihak berkuasa."
"Baik Tuan Muda."
Sebastian meninggalkan Chris serta anak buah lain.
"Tuan Sebastian ampunkan kami."
Sebastian masuk kedalam kereta Shawn dan memeluk Carissa.
Shawn memandu dengan kelajuan laju.
"Dhia bertahan. Abang ada bersama Dhia."
Sebastian memeluk Dhia dalam dakapannya.

Dibawa ke Hospital Swasta, Shawn merawat Carissa. menyapu Ubat di luka Carissa dengan hati hati.
"Fan, ganti baju kau tu penuh dengan Darah."
Shawn menyerahkan baju nya kepada Sebastian.
"Aku gagal Shawn melindungi satu satunya bunga didalam Keluarga Ford."
"Jangan cakap macam tu.Dhia ok."
"Ya Dhia ok. Tapi kalau aku datang lambat sikit Kau fikir apa akan jadi pada Sepupu." Sebastian berkata dalam amarah yang menggunung.
"Kau menempuh maut Ariffin. Mengganggu keluarga besar Ford."
"Thanks Shawn bantu aku."
"Its ok."
Pertama kali melihat indah rambut panjang Carissa Sebastian dan Shawn terpana. Wangian dari rambutnya membuatkan gejolak dihati Shawn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience