BAB 21

Other Series 10111

Shawn membawa mereka semua bermain luncur salji.
"Sayang jom."
"Dhia tak pandai." Carissa berterus terang.
"Dah Abang ajar nanti."
Carissa hanya menurut. Dia melihat Sebastian yang sedang leka bermain bersama anaknya. Sabrina melambai kearahnya. Carissa membalas.
"Dah Jom."
"Dhia tak pandai."

Shawn mengajar Carissa dan tanpa sedar Carissa meluncur kebelakang.
"Husband!"
Shawn terkejut melihat kepanikan isterinya.
"Husband!!"
Sebastian dan Sabrina mendengar teriakan Carissa. Mereka melihat Carissa meluncur menuruni bukit dan dikejar oleh Shawn.
"Sayang!!"
Shawn memintas Isterinya dan berhenti dibawah ingin menyambut isterinya.
Shawn dan Carissa terpelanting akibat kelajuan meluncur Carissa.
"Sayang Ok ke?"
"Dhia takut."
Shawn memeluk Carissa untuk menenangkan isterinya. Sebastian datang kearah mereka.
"Sepupu ok ke?"
"Dia takut." Kata Shawn.
"Dah sini Aku tolong."
Sebastian mendirikan Shawn dan aku.
Shawn membuka kayu luncur dikaki Carissa.
"Dah Jom balik. Esok sepupu sibuk sikit."
"Ermm."

Carissa terlalu sibuk menyiapkan persiapan pembukaan cawangan baru Syarikat Ford. Terlalu rapi persiapan sehingga susah untuk Sebastian mencari kecacatan didalam persiapan itu.
Marcus dan Zyan melihat sekeliling. Carpet merah terbentang indah dihadapan.
"Susah nak mencari kecacatan dalm persiapan ni kan Sebastian" Kata Zyan.
"Tak boleh dipertikai kan SiBunga dalam mendesign sesuatu tempat." kata Marcus.
Sebastian tahu walaupun hampir setahun sepupunya dalam bidang perakaunan disyarikatnya, Namun tangan yang berseni dalam mendesign tak pernah luntur.
Sebastian ralit melihat Chris membantu Carissa dalam mempersiapkan majlis yang akan berlansung malam ini.

Acara berjalan lancar, ramai tetamu dari golongan Kaya berada di majlis tersebut. Carissa yang tak selesa dengan acara ini hanya duduk dibahagian yang tak jadi tumpuan ramai.
Edward mengucapkan ucapan diatas pentas dan diselang dengan tepukan gemuruh.
Sebastian yang masih belum melihat kelibat sepupunya menjadi khawatir pada Carissa. Sebastian melihat Shawn dengan Adam dan Medina namun tidak melihat kelibat Sepupunya.
Sebastian berucap diatas pentas.
"Terima Kasih saya ucapkan pada satu satunya Bunga didalam keluarga kami yang banyak membantu dan memberikan idea yang sangat mantap. Selama setahun bergabung dengan Syarikat Ford, dia berjaya membuka 3 cawangan baru diseluruh dunia."
"Dialah Satu satunya Bunga yang terindah yang dilahirkan oleh Mamy Martha atau Maisara. Dipersilakan naik bersama Saya dipentas Sepupu Bunga Dhia Carissa."
Carissa tersedak bila mendengar namanya diseru oleh Sebastian. Chris menghampiri Carissa dan mengiringinya untuk naik kepentas.
Semua Para tamu berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada Carissa.

Shawn terpana melihat isterinya. dengan Pakaian Kebaya Mordern berwarna Maroon gelap dan dikenakan bersama seluar wrna gelap, Shawl yang terlilit indah berwarna senada dengan bajunya. Kali kedua Shawn melihat isterinya mengenakan makeup dimukanya. Sangat sangat mempersona.
Semua lelaki yang berada disana terpegun melihat kecantikan alami yang ada pada Carissa. Aura yang lain dari wanita wanita yang mereka temui.
Carissa naik kepentas perlahan kerana Heels yang dipakainya tinggi sedikit dari yang selalu digunakannya.

Sebastian memeluknya diatas pentas.
"Cantik sepupu malam ni." Bisik Sebastian ditelinganya.
"Thank you Abang."
"Kenalkan ini adalah satu satunya sepupu perempuan saya. Satu satunya Cucu perempuan TanSri Edward Ford."
Selesai memberi ucapan, Sebastian memimpin Carissa untuk turun dari pentas. Sebastian melambai pada Shawn untuk memimpin Carissa turun dari tangga.
Shawn datang ke bawah pentas dan menghulurkan tangan kearah isterinya. Carissa tersenyum melihat suaminya.
"Cantik isteri Abang malam ni?"
Shawn memimpin isterinya duduk di meja bersama Edward dan yang lain.
"Terima kasih Husband."
"Husband pun hensem malam ni patutlah banyak wanita diluar sana menyebut nyebut Husband Dhia ni."
"Kenapa Cemburu?"
Shawn mencuit hidung isterinya.
"Ah Tolonglah." Kata Marcus.
Mereka ketawa melihat Marcus dan Zyan yang menarik muncung mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience