BAB 5

Drama Completed 792

Wajah Azian masam mencuka sepanjang malam. Dia betul-betul geram dengan
lelaki itu. Bagaikan terbayang wajah lelaki desa itu.

“Sudahlah selekeh. Budak desa betul. Aku benci kau!” Azian
mengamuk. Pandangannya ke arah sawah padi yang terbentang luas dihadapan
rumah sahabatnya itu.

“Kau benci pada siapa?”

“Budak desa tu!” kata Azian.

“Akak Az marah pada abang Zaini sebab abang akak jatuh dalam
bendang.” Jelas Lily. Dia memberi kain selimut untuk Azian.

“Terima kasih dik.” Ucap Azian. Lily tersenyum dan terus
berlalu keluar. Kini pintu bilik tertutup rapat.

“Zaini? Kau biar betul. Zaini tu baik. Cuma dia dingin
sikit. Macam lagenda gitu.”

“Kau ni, ingat lagenda budak setan ke? Tapi aku rasa sesuai
la. Lagenda budak setan. Benci aku!” Azian memang dalam keadaan marah.

“Lagenda budak setan? Mana sesuai tu. Lagenda budak Desa.
Sesuai apa?”

“Desa? Dahlah. Benci aku! Tak pernah aku benci orang macam ni.”

“Jangan benci over-over sangat. Entah-entah dia jodoh kau.”
Lina berkata.

“Taklah. Dahlah budak kampung. Nak berlagak speaking
english. Bajet baguslah tu.”

“Eh, tak salah la, Az. Lagi pun dia tu pelajar lepasan
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang keusahawanan. Dia tidak
mahu menjadi cikgu. So, dia menceburi bidang usahawan. Itu pasal aku tak
berani ngorat dia. Pandai tu. Kau tu sesuai la.”

“Tak naklah. Dah lah tak hensom!” Azian terus membuka
lipatan selimut itu dan selimutkan tubuhnya. Dia mahu tidur saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience