BAB 12

Drama Completed 792

Hati Azian tenang memandang sawah padi yang menghijau. Kali ini dia
balik sendirian. Lina tidak mahu pulang kerana dia sudah ada temujanji
dengan ‘Kumbang Kuning’.

‘Untunglah. Ada orang menyayangi diri. Aku ni tak ada orang
nak sayang.’ Azian mengeluh.

“Ada aje yang sayang awak.” Tiba-tiba Zaini muncul. ‘Macam
cerita dalam novel pula kisah aku ni.’ Azian terkejut.

“Mana awak pergi selama ni? Kenapa tinggalkan saya tanpa
kata? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya juga ada perasaan, Zaini!”
pelbagai persoalan yang wujud.

Zaini terdiam. Dia juga rasa bersalah. Tetapi ada perkara
yang perlu dia selesai dengan segera. Mereka duduk di tepi sawah padi.

“Awak pergi mana?” Azian bertanya apabila mereka sudah
kembali tenang. Pandangan matanya memandang sawah yang terbentang luas itu.

“Lepas kemalangan itu, saya pergi uruskan jenazah Mail di
kampungnya. Kesian mak ayahnya. Apabila mengetahui yang Mail tu seorang
penagih dadah, ayahnya pula meninggal dunia. Saya kasihan dengan
keadaan keluarganya telah membantu apa yang patut. Dua minggu saya
berada di kampung Mail.” Jelas Zaini dan memandang Azian seketika.

“Lagi dua minggu awak pergi mana?”

“Saya pergi meminang gadis yang saya suka. Alhamdulillah.
Diterima baik oleh keluarga belah perempuan.” Jelas Zaini sambil tersenyum.

“Apa?!” Azian terkejut. Jantungnya bagaikan terhenti. Dugaan
apa yang menimpanya? ‘Zaini suka perempuan lain? Aku hanya tepuk sebelah
tangan sahaja.’ Air mata yang ingin mengalir ditahannya.

“Saya pun akan berkahwin juga, dengan lelaki pilihan family
saya. Baiklah saya pergi dulu.” Azian berdiri dan mula melangkah.

“Azian!” panggil Zaini. Azian berpaling. “Semoga awak
bahagia...” ucap Zaini. Azian tidak berani untuk menatap wajah Zaini
yang dirindui saban hari. Dia terus berlari sekuat hati. Air mata yang
ditahannya mengalir juga.

“Mudah sekali aku jatuh cinta dan mudah sekali aku dilukai.
Ya Allah, kuatkan hatiku ini.” Doa Azian.

Tiba-tiba telifon bimbitnya berbunyi.

“Mama...”

“Hmmm, mama nak tanya, kamu betul-betul nak tolak pinangan tu?”

“Tak jadilah mama. Terima aje. Azian Pasrah.” Itulah
jawapan yang seharusnya. Dia harus melupakan Zaini secepat mungkin.

“Kamu cuti kan? Kalau macam tu, esok nak buat majlis
pertunangan secara kecilan sahaja. Azian balik ya?” pinta mamanya.

“Baiklah mama. Kejap lagi Azian bertolak balik.” Lemah
sahaja suara Azian. Keputusan hidupnya telah dibuat. Dia harus redha.

Selepas talian ditamatkan, Azian pulang ke Kuala Lumpur dan
balik ke rumah mamanya terus.

“Kenapa muka sedih aje ni?” mama menegur Azian.

“Tak ada apa-apa.”

Wajah mama begitu berseri. Pelamin pertunangan juga sudah
siap dibina.

“Mama, anak orang kaya ke yang meminang Azian ni?”

“Kaya tu tak la tapi ahli perniagaan. Mestilah mewahnya
ada.” Jelas mama. Warna hijau sawah padi tergambar kini apabila melihat
warna pelamin tersebut.

Azian terus berehat di biliknya. Tergantung cantik baju
kurung berwarna hijau lembut.

Azian menangis semalaman. Dia harus melupakan lelaki itu. Harus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience