BAB 7

Drama Completed 792

Zaini datang ke rumah Lily. Kebetulan Lily sedang bermain guli di luar
rumah.

“Lily, siapa perempuan semalam tu?”

“Kawan akak dari KL.” Lily berterus terang apabila Zaini
memberi wang berwarna hijau. Gembira bukan main lagi dapat duit.

“Sampai dia gelarkan abang ni lagenda budak desa. Adik pun
tak faham gak. Dari pagi tadi mukanya masam.”

“Oh, okay. Terima kasih Lily.” Zaini terus meninggalkan
kawasan tersebut dengan motor kesayangannya. Dia bukanlah seorang lelaki
yang gelojoh. Dia perlu membuat perancangan yang terperinci. Inilah
susah bila lelaki sudah suka pada seseorang.

Dia menuju ke rumah Azman. Meriah betul suasana menyambut
menantu. Anak tunggal. Memang begitu. Zaini yang terkenal dengan
sikapnya yang biasa. Suka membantu memang menarik minat sesiapa sahaja.

“Aku balik kejap. Tukar baju. Nanti aku datang semula.” Kata
Zaini setelah separuh hari membantu bagi memastikan majlis tersebut
berjalan dengan lancar. Dia menaiki motosikalnya dengan penuh cermat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience