BAB 3

Drama Completed 792

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Mereka akan pergi selama tiga
hari dua malam. Kereta myvi merah milik Azian dipandu dengan cermatnya
oleh Lina.

“Aku mana tahu kampung dia kat mana.” Bisik hatinya.

“Az, kau kena ingat jalan ni. Arah balik kau pulak yang pandu.”

“Ambil kesempatan betullah kau ni.”

“Suka hati. Suka hati. Janji kita happy! Happy!” jawab Lina
sambil menyanyi sebuah lagu. Azian hanya tersenyum.

Sepanjang perjalanan kami lebih banyak berbual. Lina banyak
menceritakan tentang kampungnya itu.

“Ada seorang kawan aku ni. Dia memang pelik.”

“Apa yang peliknya....”

“Pelik sebab....” belum sempat Lina meneruskan
percakapannya, Azian menjerit.

“Lina!!!!!”

“Kenapa? Kenapa Az?” gelabah Lina. Nasib baik pemanduannya
masih dalam keadaan stabil

“Cantiknya sawah padi ni. Cantik! Aku suka!” Azian terlalu
gembira sebaik sahaja pandangannya nampak sawah padi yang terbentang luas.

“Aku ingatkan apa. Kau tengoklah puas-puas. Kejap lagi
sampailah kita.”

Pandangan mata Azian tidak lepas memandang sawah padi
tersebut dengan senyuman yang terukir manis.

“Akhirnya kita sampai juga.”

“Cantik juga rumah kau.”

“Rumah orang kampunglah Az. Kau ni peliklah. Lahir kat
bandar tapi suka suasana kampung. Baik kau kahwin dengan orang kampung aku.”

“Amin..” cepat-cepat Azian menjawabnya.

“Gatalnya kawan aku ni.” Lina mencubit lengan Azian. Azian
tersenggih.

Mereka sampai nak dekat petang. Yalah, perjalanan mereka
mengambil masa hanya sejam sahaja. Tidka jauh mana pun.

“Lina, baru pukul 6 petang. Jom teman aku jalan
tengah-tengah...” belum sempat Azian menghabiskan ayatnya, Lina sudah
menyambungnya.

“Kau pergi ajelah dengan adik aku. Aku mengantuk ni.” Lina
memeluk bantal peluknya. Dia tidak mempedulikan Azian.

“Aku seganlah. Jomlah!” Azian menarik tangan Lina.

“Lily!” jerit Lina.

“Ya, kak!”

“Adik teman akak Az ni pergi tengok sawah padi ya? Nanti
akak ni belanja aiskrim ok?”

“Aiskrim? Baiklah kak!” berlari Lily yang berusia 12 tahun
itu ke biliknya untuk memakai tudung.

“Pandai kau pujuk budak tu?”

“Biasalah. Aku guna strategi pemujukan yang aku belajar kat
universiti dulu.” Katanya lalu menyambung semula tidurnya. Azian yang
mendengarnya hanya ketawa kecil.

“Lily, akak suka sawah padi.” Azian mula bercerita.

“Adik tahu.” Lily menjawabnya. Dia menjilat aiskrim yang
baru sahaja dibeli oleh Azian sebentar tadi.

“Kat sini tak ada mamat-mamat kacak ke?”

“Ada! Adik pun suka dia. Nak kahwin dengan dia tapi adik
kecil lagi kata mak.” Jelas Lily. ‘Kecil-kecil lagi sudah pandai fikir
nak kahwin. Budak-budak zaman sekarang memang dah moden dan berkembang
cepat.’ Azian berkata sendiri.

“Bolehlah akak mengorat.” Azian mula mengatal.

“Tapi dia pelik sikit kak.”

“Apa yang peliknya?”

“Dia susah nak jatuh cinta. Dah ramai perempuan kat kampung
ni cuba nasib. Masih tak berjaya.” Bersungguh-sungguh Lily bercerita.

“Mana tahu?”

“Mak yang cerita. Dia ada suruh akak tapi akak tak nak sebab
dia suka pada kumbang kuning dah.”

“Kumbang kuning? Oh, akak tahu siapa.” Azian ketawa kecil.
“Boleh akak lalu kat tengah-tengah sawah padi ni?” soal Azian kepada Lily.

“Boleh kot.”

“Kenapa ada kot?”

“Ini sawah padi abang Zaini.”

“Siapa Zaini?”

“Yang pelik tu.”

“Pelik? Tak apa. Dia tentu tak marah akak. Akak minta lalu
aje.” Sebaik sahaja Azian berkata begitu, dia terus berlalu pergi
menunaikan permintaan hatinya.

“Akak tunggu!” Liliy mengejar Azian yang sudah ke depan.
Aiskrimnya sudah habis dimakannya.

Azian berlari dengan perasaan gembira sekali. Dia tidak
pernah rasa gembira seperti ini. Nasib baik cuaca petang itu mendung
sedikit.

“Abang Zaini...” Lily terkejut.

Azian yang masih berlari terkejut mendengar kata-kata Lily.
Dengan tidak disengajakan, tubuh mereka berlanggar.

Azian ingin terjatuh dan pantas Zaini memegang lengan Azian
supaya tidak jatuh ke dalam bendang tersebut. Saat itu pandangan mata
mereka bertaup. Bagaikan ada perasaan indah yang terisi dalam segenap
hati mereka tanpa mereka sedari.

“Abang Zaini, dosa pegang perempuan macam tu.” Kata Lily
yang sememang diajar oleh mak tentang ilmu agama.

“Apa?!” secara automatik Zaini melepaskan tangannya. Azian
pula terus jatuh ke dalam bendang yang semestinya dipenuhi oleh lumpur.

“Mama!” habis kotoran lumpur melekat ditubuh Azian. Dia
betul-betul marah dengan lelaki itu. Dia cuba bangun. Liliy membantu
Azian keluar dari bentang tersebut.

Azian betul-betul tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut.

“Kenapa awak biarkan saya jatuh dalam bendang tu?”

“Lily cakap camtu. Kan tak baik saya pegang-pagang awak.”

“Ya pun awak nak lepaskan saya, janganlah dalam bendang ni.”
Amuk Azian. Pakaiannya habis kotor.

“Hey cik lumpur. Ini sawah padi saya. Siapa benarkan awak
masuk kawasan saya?” soal Zaini. Dia betul-betul geram. ‘Dahlah masuk
kawasan orang, nak marah-marah orang pula. Siapa perempuan ni? Aku tak
pernah tengok pun.’ Bisik hati Zaini.

“Sedapnya mulut panggil saya cik lumpur. Saya ni ada nama
tahu!” sensitif pula yang Azian rasa saat ini.

“So, nama awak apa?”

“Nama saya...” Azian serba tak kena. Dia tidak pasti mahu
beritahu namanya atau tak.

“Gagaplah pula. Mungkin nama awak ni gagap kot, betul tak
Lily.” Usik Zaini. Suka pula dia melihat gadis ini marah. Comel. Muka
yang comot dengan lumpur.

“Mana ada gagap! Buat apa saya bagitau nama saya pada awak.”

“Okay fine!”

“Awak tu budak kampung aje. Tak perlu nak sebut perkataan
English kalau hakikatnya awak tu tak pandai. Menyampah saya dengar tau!”
Kata-kata pedas Azian terkeluar. Begitulah Azian, jika tidak berpuas
hati dengan sesiapa, dia akan luahkan berdepan-depan kecuali Zeck. ‘Itu
periuk nasi. Mana boleh main cakap aje.’

“I don’t care.” Selamba sahaja Zaini berkata dan berpaling.
Hari sudah mahu petang. Dia perlu segera pulang.

Azian rasa geram sekali dengan lelaki itu lalu di tolaknya
lelaki itu jatuh dalam bendang memandangkan jalan di situ agak licin.

“Padam muka awak!” Azian ketawa gembira. Seronoknya dapat
buat lelaki itu jatuh ke dalam lumpur itu.

“Badan sekeping macam awak ni, mudah aje nak tolak.” Azian
makin berani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience